Sunday, October 30, 2011

Banjir di Bangkok

1. Thailand menerima bencana banjir sejak beberapa minggu yang lalu. Setelah baru mengambil alih tampuk kuasa negara gajah putih, Yingluck Shinawatra, perdana menteri wanita pertama itu berdepan ujian getir untuk melaksanakan janji-janji pilihanraya beliau serta untuk menambahbaik ekonomi negara itu, beliau perlu memikirkan semula cara untuk mengurangkan kesan banjir terhadap ekonomi negara.
2.Banjir telah mengorbankan beratus-ratus rakyat, memusnahkan ladang pertanian, merosakkan kilang-kilang terbesar automotif negara itu. Kesan jangka pendek dan jangka panjang mungkin akan dirasai bukan sahaja rakyat negara Thailand sendiri, bahkan akan tempias ke negara jiran mereka Malaysia.
3.Diharapkan malaysia bersedia untuk menghadapi kesan banjir di Thailand ini keatas ekonomi negara kita nanti