Tuesday, June 23, 2009

Pasca Pilihanraya Presiden Iran

Setelah selesai pilihanraya presiden Iran baru-baru ini yang menyaksikan presiden Ahmad Ahmadinejad kekal menguasai kerusi presiden iran buat penggal keduanya. Namun, pihak pembangkang yang kalah yang pada pilihanraya itu melancarkan protes demonstrasi jalanan di sekitar bandar-bandar besar Iran.
Walaupun pemimpin tinggi republik islam itu iaitu Ayatollah Ali Khomeinei telah menyatakan pendirian menyokong kemenangan Ahmadinejad dan mengarahkan semua parti-parti pembangkang yang kalah tidak melancarkan demonstrasi, rakyat yang masih tidak berpuas hati dengan kekalahan pemimpin mereka masih juga berdegil untuk berdemonstrasi. Lebih kurang berbelas belas rakyat terkorban dalam pertumpahan darah semasa demonstrasi yang diadakan itu.
Sementara itu, musuh-musuh kepada negara Iran cuba menguntai peluang untuk memecahkan negara Islam yang bermajoriti berfahaman Syiah itu.Sepatutnya, pemimpin dan rakyat Iran perlu sedar bahawa permusuhan yang berlaku sesama mereka boleh menjadikan mereka seperti negara jirannya Iraq yang dijajah oleh Amerika.
Setiap pertandingan mesti ada yang kalah dan menang.oleh itu, kita semua perlu mengambil iktibar kita perlu mengawal emosi dan nafsu, jangan sampai memecahbelahkan agama, bangsa dan negara sendiri.
Rening-renungkanlah...

Monday, June 22, 2009

PEMBANTU RUMAH..

Hari ini meluasnya berita seperti yang terpampang di dada-dada akhbar seluruh malaysia berkenaan dengan ugutan kerajaan Indonesia yang ingin menarik balik penghantaran pekerja pembantu rumah indonesia.
kerajaan indonesia terlalu cepat melatah dengan kejadian yang terpencil yang berlaku dimana ada pembantu rumah indonesia yang didera oleh majikannya.
Jika kita melihat, kini begitu ramai rakyat indonesia yang datang berhijrah ke malaysia untukmendapatkan pekerjaan.Sepatutnya, kejadian yang terpencil ini tidak boleh dijadikan alasan atau permainan politik antarabangsa.
Jika keadaan pemberhentian penghantaran pekerja pembantu rumah indonesia ini berlarutan, ini mungkin akan mengundang masalah antara kedua-dua negara.
Kedua-dua belah pihak perlu cepat bertindak untuk menyelesaikan masalah ini. jangan menjadikan isu ini menyebabakan rakyat kedua-dua negara mengalami masalah..
Diharap perkara ini dapat diatasi dengan segera...

Sunday, June 21, 2009

SAKIT TIDAK MENGHALANG KEWAJIPAN SOLAT

1.Hari ini saya telah membuat 'ward round' bersama dengan pakar saya di wad di hospital. Buat pertama kali saya begitu tersentuh dengan cara doktor pakar ini menasihati pesakit tentang kewajipan solat semasa sakit.Inilah kali pertama saya mendengar seorang doktor pakar menasihati pesakit berkenaan soalan agama sejak saya mula-mula menjadi houseman sehingga sekarang.
2.Kita perlu sedar bahawa kewajipan solat itu masih digalas oleh setiap orang muslim itu sehingga akhir nyawa.Walaupun dalam keadaan sakit sekalipun, ia tidak membebaskan seseorang itu dari kewajipan solat.Tetapi syariat islam telah menyediakan rukhsoh solat bagi pesakit dalam beberapa keadaan.
3.Kita semua tahu, solat 5 waktu setiap hari merupakan rukun islam yang ke-2 didalam islam.Oleh itu, bagi semua orang muslim perlulah mengambil berat tentang solat.Hanya orang gila, tidak mukallaf dan beberpa lagi golongan yang tidak diwajibkan solat.
4.Dalam keadaan sakit, kita diajar juga untuk berikhtiar disamping itu kita perlu redha dengan ketentuan Allah sambil berdoa kepada Allah untuk menyembuhkan penyakit.Penyakit juga merupakan satu balasan Allah terhadap seseorang itu di atas dunia.Jadi eloklah kita jangan lupa tentang kewajipan solat walaupun dalam keadaan tidak sihat
5.Saya merasakan setiap doktor yang merawat pesakit hendaklah peka dengan persoalan ini juga, jangan kita hanya bertanyakan pesakit tentang keadaan fizikal mereka, tetapi kita tidak boleh lupa tentang menanyakan ibadat solat.
6.Memang doktor itu tidak boleh memaksa pesakit untuk solat tetapi ada cara yang baik untuk menasihati pesakit tentang kewajipan solat.Jika ada persoalan tentang cara ibadat solat, doktor atau pesakit perlu merujuk kepada ustaz atau orang yang alim tentang hal ini untuk mengetahui degan lebih lanjut tentang kaifiatnya.