Saturday, September 17, 2011

Selamat Hari Malaysia

Tanggal 16 September, sekali lagi malaysia menyambut hari malaysia mengenangkan pembentukan negara malaysia dengan penggabungan sabah dan sarawak bersama semenanjung tanah melayu. Perdana Menteri telah mengumumkan akan memansuhkan akta ISA yang selama ini telah dikecam hebat oleh pihak pembangkang. Langkah yang diambil oleh PM amat-amat dialu-alukan dan saya mengucapkan syabas kepada beliau kerana telah berani membuat perubahan yang besar ini. Diharapkan dengan langkah transformasi beliau ini akan terus menjana negara malaysia kearah malaysia maju pada tahun 2020.

Saturday, August 20, 2011

lailatul qadar

lailatul qadar malam seribu bulan pasti akan berlaku pada 10 malam terakhir ramadhan. inilah janji allah taala kepada umatnya yang bersungguh-sungguh melakukan ibadah puasa di siang hari dan mengerjakan sunat tarawih, tilawah al quran, qiamullail.
marilah kita sama-sam berusaha untuk mendapatkan keberkatan dan kelebihan malam seribu bulan ini

Sunday, August 14, 2011

institusi ramadhan

Pejam celik kita sudah sampai separuh bulan ramadhan.apakah ibadah yang telah kita laksanakan dalam hari-hari lalu ramadhan ini. Dan apakah ibadah-ibadah yang akan kita lakukan hari-hari ramdhan yang mendatang ini.
Seperti maksud hadith yang masyhur. awalan ramadhan adalah kerahmatan, pertengahan ramadhan ialah keampunan dan pengakhiran ramadhan adalah dijauhkan dari api neraka. Marilah kita sama-sama melipatgandakan lagi amalan ibadat kita kepada allah. Apatah lagi kita juga perlu berusaha bersungguh-sungguh untuk mencari lailatul qadar.
SALAM RAMADHAN ALMUBARAK