Monday, February 6, 2012

Konsep Sabar dan Syukur

1.Hidup manusia ini ibarat satu kitaran roda. Sekejap kita di atas, sekejap kita berada di bawah. Allah akan memberi dugaan kepada hambaNya, kemudian Allah juga akan memberi nikmat kepada sesiapa yang Allah kehendaki.
2. Apabila hambaNya menerima sesuatu musibah, perlu kembali kepada Allah, menganggap ianya cubaan dan dugaan dari Allah Yang Maha Adil untuk menguji hambaNya itu benar-benar sabar dengan apa yang telah mereka lalui itu.
3.Musibah seperti penyakit, kesempitan hidup atau berbagai-bagai lagi jangan dijadikan suatu alasan untuk hambaNya untuk mensyirikkan Allah. Bahkan, kita sebagai hambaNya yang beriman perlu bersabar, dan terus berdoa bermunajat memohon pertolongan dariNya sambil kita berikhtiar dan berusaha mengatasi musibah itu.
4.Nikmat yang Allah sediakan untuk hambaNya bukan untuk dinikmati sahaja. Islam menganjurkan kepada penganutnya supaya bersyukur atas kejayaan, kenikmatan yang diperolehi. Malah nimat juga adalah salah satu cara dugaan yang allah berikan kepada hambaNya untuk melihat sejauh mana kesyukuran hambaNya kepada Allah Yang Maha Pemurah.
5.Jika kita bersyukur,maka Allah akan tambahkan nikmat. Dan jika kita kufur terhadap Allah maka azab seksa yang dahsyat menanti untuk mereka
6.Oleh itu, marilah kita sama-sama amalkan konsep sabar dan syukur dalam kehidupan harian kita. Moga kita sentiasa dibawah berkat dan rahmat Allah.

Monday, January 2, 2012

Selamat Tahun Baru 2012

Jendela tahun 2011 telah dilabuhkan tirainya, pahit manis ditinggalkan bersma-samanya. maka, tahun 2012 pula menjelma. Seperti biasa, setiap kali tahun baru tiba, sesetengah individu akan menanam azam masing-masing, tidak kira azam yang perlu dilaksanakan dalam masa terdekat atau dalam masa yang panjang.
Tidak salah kalau kita menanam azam sempena tahun baru, yang paling utama adalah pelaksanaan untuk mencapainya. Tetapi jangan lupa, matlamat tidak menghalalkan cara. Modus operandi yang digunakan untuk mencapai sesuatu perkara haruslah berlandaskan norma-norma kehidupan, tidak melanggar batas-batas hukum syarak dan seterusnya penyerahan diri kepada Yang Maha Esa setelah kita berusaha bersungguh-sungguh melaksanakan sesuatu pekerjaan itu.
Kita sama-sama bertekad untuk berusaha dengan sedaya upaya bagi mencapai azam kita semua. Selamat menempuh tahun 2012.

Tuesday, December 27, 2011

Rumahku Syurgaku

1.Istilah rumahku syurgaku mengundang pelbagai definisi bagi seseorang itu. Ianya berbeza-beza mengikut taraf hidup individu. Seorang yang miskin menganggap pondok kecil pun sudah cukup baginya sebagai tempat berteduh. Manakala bagi seseorang yang bergaji besar mungkin ingin memiliki sebuah rumah banglo bagai sebuah mahligai.
2.Pada masa sekarang, kebanyakkan orang dapat memiliki rumah dengan menggunakan pinjaman bank. Tidak seperti dahulu, mereka perlu menggunakan wang sendiri dahulu untuk membina rumah mereka. Banyaknya kemudahan pinjaman bank yang ditawarkan memudahkan seseorang memiliki rumah sendiri.
3.Walaupun begitu,seseorang perlu bijak memilih pinjaman bank yang sesuai untuk pembiayaan rumah mereka. Kemampuan untuk membayar balik pinjaman setiap bulan perlu diambil berat untuk mengelakkan berlaku masalah dimasa akan datang.
4.Pembelian rumah dari pemaju perumahan menjadi pilihan utama buat masa ini. Selain itu, seseorang boleh membuat pinjaman peribadi untuk mendirikan rumah sendiri di atas tapak tanah sendiri. namun ada kelebihan dan keburukan diantara kedua-dua cara ini.
5.Aspek yang penting untuk seseorang memiliki rumah dengan menggunakan pinjaman bank, setelah mendapat kunci untiuk memasuki rumah baru dari pemaju, mereka perlu mengeluarkan lagi perbelanjaan untuk pemasangan lampu, kipas serta pengubahsuaian seperti dapur dan bilik. bagi seseorang yang membuat pinjaman peribadi untuk membina rumah ditanah sendiri juga perlu menganggarkan kos rumah yang akan dibina adalah termasuk pemasangan pemasangan elektik dan sebagainya.
6.Oleh itu, sebelum membuat pinjaman untuk membeli atau membina rumah, kita harus mengira kesemua kos yang akan ditanggung sebelum memilih untuk membeli rumah dari pemaju atau membina rumah sendiri.
7.Bagi sesiapa yang akan atau sudah memasuki rumah baru, tahniah kepada anda semua