Monday, November 7, 2011

Idul Adha

Hari raya korban atau hari raya aidiladha disambut setiap 10 zulhijjah untuk supaya umat islam menyelami kisah hidup nabi ibrahim dan anak baginda nabi ismail. Bagi umat islam yang diberi peluang dapat menunaikan haji di baitullah, mereka mengerjakan ibadah haji untuk menunjukkan keabdian kepada allah taala. Bagi umat islam yang tidak berpeluang untuk ke makkah, mereka mengerjakan ibadah korban dengan menyembelil haiwan ternakan untuk mendapat kelebihan bulan zulhijjah yang mulia ini..
salam idul adha kepada semua umat islam

Sunday, October 30, 2011

Banjir di Bangkok

1. Thailand menerima bencana banjir sejak beberapa minggu yang lalu. Setelah baru mengambil alih tampuk kuasa negara gajah putih, Yingluck Shinawatra, perdana menteri wanita pertama itu berdepan ujian getir untuk melaksanakan janji-janji pilihanraya beliau serta untuk menambahbaik ekonomi negara itu, beliau perlu memikirkan semula cara untuk mengurangkan kesan banjir terhadap ekonomi negara.
2.Banjir telah mengorbankan beratus-ratus rakyat, memusnahkan ladang pertanian, merosakkan kilang-kilang terbesar automotif negara itu. Kesan jangka pendek dan jangka panjang mungkin akan dirasai bukan sahaja rakyat negara Thailand sendiri, bahkan akan tempias ke negara jiran mereka Malaysia.
3.Diharapkan malaysia bersedia untuk menghadapi kesan banjir di Thailand ini keatas ekonomi negara kita nanti

Saturday, September 17, 2011

Selamat Hari Malaysia

Tanggal 16 September, sekali lagi malaysia menyambut hari malaysia mengenangkan pembentukan negara malaysia dengan penggabungan sabah dan sarawak bersama semenanjung tanah melayu. Perdana Menteri telah mengumumkan akan memansuhkan akta ISA yang selama ini telah dikecam hebat oleh pihak pembangkang. Langkah yang diambil oleh PM amat-amat dialu-alukan dan saya mengucapkan syabas kepada beliau kerana telah berani membuat perubahan yang besar ini. Diharapkan dengan langkah transformasi beliau ini akan terus menjana negara malaysia kearah malaysia maju pada tahun 2020.