Assalamualaikum wbt..
Berlalunya ramadhan al mubarak, kita dianugerahkan oleh Allah kemenangan 1 syawal sebagai hadiah setelah penat lelah sebulan berpuasa. Maka semakin dekatlah kita menghampiri bulan Zulhijjah, bulan dimana umat islam seluruh dunia akan berkumpul di Makkah Al-Mukarramah menunaikan tanggungjawab rukun islam yang kelima.
Bagi bakal jemaah haji di Malaysia, salah satu keperluan sebelum menunaikan ibadat haji ialah saringan pemeriksaan kesihatan yang telah ditetapkan oleh pihak Tabung Haji dengan kerjasama Kementerian Kesihatan Malaysia. Ibadat haji ini adalah suatu ujian yang amat besar untuk umat islam kerana ia bukan sahaja sekadar memerlukan pengetahuan agama yang cukup bahkan memerlukan keupayaan fizikal dan mental yang kuat.
Menurut pihak Tabung Haji, tujuan Pemeriksaan Kesihatan Bakal Haji diadakan adalah untuk memastikan peraturan Haji Kerajaan Arab Saudi dipatuhi sepenuhnya. Semua bakal Jemaah Haji perlu mendapatkan suntikan wajib Meninggococcal Meningitis Quadrivalent (ACYW -135) sebagai langkah pencegahan dari jangkitan penyakit radang otak (meningitis). Pemeriksaan saringan ini juga dapat menentukan bakal haji tidak mengidap penyakit merbahaya atau penyakit berjangkit dan memastikan bakal haji yang mengalami penyakit kronik dirawat dan distabilkan serta mengenalpasti ubat yang diperlukan untuk dibawa bersama. Disamping itu juga, ia dapat menyediakan rekod rawatan supaya jemaah haji mudah mendapat rawatan yang diperlukan ketika di Tanah Suci. Bagi bakal jemaah haji wanita, ianya untuk mengesan bakal haji wanita yang hamil, ini kerana wanita hamil tidak diluluskan untuk menunaikan haji. Oleh kerana kebanyakkan bakal jemaah haji majoriti dari golonagn warga tua, pemeriksaan ini juga dapat mengesan kes tidak siuman atau nyanyuk, kes-kes ini dikhuatiri boleh menyebabkan haji tidak sah. Seterusnya dapat memastikan bakal jemaah haji benar-benar sihat dan berupaya melakukan ibadat haji dengan sempurna. Pemeriksaan Kesihatan Bakal Haji hanya boleh dilakukan di mana-mana kemudahan kesihatan kerajaan (hospital/klinik) atau Klinik Panel Tabung Haji sahaja.
Bagi seorang pegawai perubatan, tanggungjawab mereka dalam pemeriksaan bakal haji ini adalah sangat besar. Ia bukan sekadar pemeriksaan kesihatan biasa tetapi ia perlu melihat kepada pelbagai sudut. Mengambilkira dari sudut agama, kesihatan dan peraturan serta perasaan bakal jemaah haji itu sendiri, pertimbangan dan keputusan yang benar-benar pasti dan jitu sahaja diharapkan dalam pemeriksaan ini.
Sebagai contoh, seorang bakal jemaah haji lelaki yang berumur 75 tahun yang mempunyai latar belakang penyakit kronik diabetes mellitus, darah tinggi dan masalah kegagalan buah pinggang pergi ke sebuah klinik kerajaan untuk membuat pemeriksaan haji. Bakal haji ini telah mendapat panggilan telefon dari pejabat Tabung Haji menyatakan bahawa beliau telah termasuk dalam kuota untuk bakal haji ke Tanah Suci pada tahun itu. Beliau yang begitu teruja dengan berita itu diarahkan untuk terus pergi secepat mungkin ke klinik atau hospital berdekatan untuk membuat pemeriksaan haji.
Keesokkan harinya beliau terus ke klinik berdekatan untuk pemeriksaan kesihatan selepas mendapatkan buku pemeriksaan haji di Pejabat Tabung Haji. Setibanya beliau di klinik, dia dikehendaki membuat pemeriksaan rutin seperti tekanan darah, tinggi dan berat serta diambil beberapa sampel darah yang berkaitan. setelah menunggu hampir 20-30 minit, tiba giliran beliau untuk berjumpa doktor untuk pemeriksaan. Setelah dibuat pemeriksaan kesihatan oleh doktor, beliau dikejutkan dengan pernyataan doktor yang memeriksanya bahawa dia perlu mendapatkan rawatan lanjut pakar sebelum dibenarkan menunaikan haji disebabkan oleh masalah kegagalan buah pinggang beliau semakin teruk. Maka, kemungkinan besar beliau terpaksa menangguhkan pemergian haji pada tahun itu sebelum dia disahkan benar-benar sihat selepas dibuat pemeriksaan lanjut oleh pakar perubatan pula.
Disini, ingin saya mengajak saudara saudari untuk menyelami perasaan seseorang doktor yang ingin mengesahkan keadaan pesakit bakal haji itu samaada beliau layak dari segi kesihatan fizikal dan mental untuk menunaikan haji. Begitu berat segala beban yang dipikul oleh pegawai perubatan yang ingin menentukan adakah seseorang muslim itu boleh melaksanakan rukun islam yang kelima itu. Bagaimanakah sebagai seorang muslim itu boleh berkuasa untuk menentukan bahawa seseorang muslim yang lain itu layak untuk menjalani ibadah yang dituntut oleh agama. Atas dasar apakah seorang pegawai perubatan itu untuk mempunyai kuasa untuk mengesahkan bahawa seseorang bakal haji itu lulus untuk menunaikan haji seterusnya lulus untuk melaksanakan rukun islam yang diwajibkan ke atas setiap orang muslim yang mampu.. Pegawai perubatan itu memerlukan kekuatan rohani dan fikiran yang jitu untuk menilai dan membuat keputusan dalam dilema diantara soal agama, perasaan, tanggungjawab dan peraturan dalam pemeriksaan bakal haji ini.
Seperti yang kita semua tahu, syarat wajib haji ada lima iaitu islam, baligh,berakal, merdeka dan mampu atau berkuasa. Mampu atau berkuasa pula terbahagi kepada dua jenis iaitu berkuasa dengan sendirinya dan berkuasa dengan pertolongan orang lain. Definisi berkuasa dengan sendiri adalah berkuasa membayar tambang dan segala perbelanjaan bagi mengerjakan pekerjaan haji hingga selesai dan balik ke tempatnya, mempunyai bekalan yang cukup untuk saraan nafkah orang yang di bawah tanggungannya, ada kenderaan pergi dan balik, aman di dalam perjalanan pergi dan balik seperti tiada peperangan, perompak, penyamun dan musuh yang mengancam keselamatan diri atau hartanya, atau tidak ada penyakit yang berjangkit yang membahayakan tubuh badan, sihat tubuh badan, berkesempatan masa untuk mengerjakan haji dan umrah.
Kesimpulannya, beratnya tanggungjawab seorang pegawai perubatan dalam mengendalikan pemeriksaan bakal-bakal haji ini bagaikan beratnya seorang ulama atau mufti untuk mengeluarkan sesuatu fatwa atau hukum. Ini disebabkan, pegawai perubatan itu bertanggungjawab samaada lulus atau tidak untuk seseorang bakal haji itu dapat pergi menunaikan ibadat haji yang menjadi rukun islam yang kelima ini.
sekian, renung-renungkan..
Thursday, October 23, 2008
Wednesday, October 22, 2008
What is Melamine..
Melamine is an organic base and a trimer of cyanamide, with a 1,3,5-triazine skeleton. Like cyanamide, it contains 66% nitrogen by mass and, if it mixed with resins, has fire retardant properties due to its release of nitrogen gas when burned or charred which has several other industrial uses. Melamine combines with cyanuric acid to form melamine cyanurate
Melamine by itself is nontoxic in low doses, but when combined with cyanuric acid it can cause fatal kidney stones due to the formation of an insoluble melamine cyanurate. Melamine is described as being "Harmful if swallowed, inhaled or absorbed through the skin. Chronic exposure may cause cancer or reproductive damage as well as eye, skin and respiratory irritant. The scientists explained that when melamine and cyanuric acid are absorbed into the bloodstream, they concentrate and interact in the urine-filled renal microtubules, then crystallize and form large numbers of round, yellow crystals, which in turn block and damage the renal cells that line the tubes, causing the kidneys to malfunction.
On 17 September 2008, Health Minister Chen Zhu stated that tainted milk formula had "sickened more than 6,200 children, and that more than 1,300 others, mostly newborns, remain hospitalised with 158 suffering from acute kidney failure". By 23 September, about 54,000 children were reported to be sick and 4 had died. An additional 10,000 cases were reported from the provinces by 26 September.A World Health Organisation official said 82 percent of the children made ill were 2 years of age or below. The Hong Kong Centre for Food Safety said that 99% of victims were aged under 3 years.

In view of this circumstances, i would like to remind all of us to be stricted on choosing a milk product at the market right now.
Wednesday, October 15, 2008
Salam Perkenalan
Assalamualaikum wbt
Dengan Nama Yang Maha Esa pembuka bicara, dipanjatkan setingi-tinggi kesyukuran kehadrat Ilahi diizinkan untuk saya menukilkan sedikit ilmu dan pengalaman yang ada untuk dikongsi bersama..
Di zaman millenium ini, alam cyber yang tiada sempadan memberi kita banyak ruang untuk kita mencari pengetahuan yang sebelum ini sukar untuk dicari. Melangkah era globalisasi kita seharusnya bijak mengambil peluang yang ada untuk dimanfaatkan. Walaubagaimanapun, kita perlu ingat bahawa perlunya kekuatan rohani yang utuh untuk menilai sejauh mana kebenarannya.
Di pentas ini saya ingin mengambil peluang untuk bersama-sama berkongsi pengalaman dan ilmu yang saya ada untuk dimanfaatkan bersama.
salam perkenalan...
Tinta Seorang Tabib

Subscribe to:
Posts (Atom)