Monday, January 2, 2012

Selamat Tahun Baru 2012

Jendela tahun 2011 telah dilabuhkan tirainya, pahit manis ditinggalkan bersma-samanya. maka, tahun 2012 pula menjelma. Seperti biasa, setiap kali tahun baru tiba, sesetengah individu akan menanam azam masing-masing, tidak kira azam yang perlu dilaksanakan dalam masa terdekat atau dalam masa yang panjang.
Tidak salah kalau kita menanam azam sempena tahun baru, yang paling utama adalah pelaksanaan untuk mencapainya. Tetapi jangan lupa, matlamat tidak menghalalkan cara. Modus operandi yang digunakan untuk mencapai sesuatu perkara haruslah berlandaskan norma-norma kehidupan, tidak melanggar batas-batas hukum syarak dan seterusnya penyerahan diri kepada Yang Maha Esa setelah kita berusaha bersungguh-sungguh melaksanakan sesuatu pekerjaan itu.
Kita sama-sama bertekad untuk berusaha dengan sedaya upaya bagi mencapai azam kita semua. Selamat menempuh tahun 2012.