Tuesday, July 27, 2010

Bulan Syaaban

1.umum mengetahui,malam nisfu syaaban sebahagian umat islam di negara kita mengamal bacaan yasin dan berkumpul di masjid-masjid atau surau-surau serta mengadakan jamuan.amalan ini sebenarnya buakan amalan nabi tetapi ianya hanya timbul selepas lamanya kewafatan nabi. jadi,setiap amaln yang tidak dilakukan oleh nabi bukan amalan sunat.
2.tidak dinafikan ada beberapa hadis yang menyatakan tentang kelebihan bulan syaaban, akan tetapi kita tidak seharusnya taklid mengikut membuat tuli hadis-hadis yang mungkin hadis palsu. yang penting, sebelum kita ingin mengamalkan sesuatu ajaran islam hendaklah mengikut dan bersandarkan dalil yang kuat dan sahih.
3.berpuasa sunat di bulan syaaban merupakan sunnah yang dilakukan oleh rasulullah. tetapi amaln bacaan yasin pada malam nisfu syaaban bukan amalan sunnah. mengamalkan bacaan yasin boleh, akan tetapi jangan menjadikannya sebagai wajib atau sunat.
4.oleh itu, niat amatlah penting sebelum melakukan sesuatu amalan. ilmu juga penting untuk kita beramal. walaupun begitu, jangan kita cepat menghukum seseorang melakukan amalan amalan agama sebagai sesat sebelum kta merujuk kepada alum ulama yang muktabar

Monday, July 19, 2010

sabar dan syukur

1.setiap insan tidak akan terlepas dari sesuatu masalah.tidak kira miskin atau kaya,rakyat atau raja mereka juga akan mengalami masalah dalam mengharungi hidup di dunia. walau senang lenang dan bahagianya hidup seseorang itu, suatu hari nanti mereka juga pasti akan menempuh masalah atau derita. walhal, nabi muhammad rasulullah manusia yang dicintai allah juga menghadapi pelbagai cabaran dan dugaan semasa hayat baginda.
2.bagaimana untuk kita menghadapi cabaran dan masalah yang datang bergantung kepada cara kita menerimanya.islam mengajar kita qada' dan qadar iaitu salah satu rukun iman yang wajib kita percayai. kita bukan diajar mempercayai qada' dan qadar dengan hanya menunggu sahaja apa yang akan terjadi atau yang telah berlaku tanpa berbuat sesuatu, tetapi islam mengajar kita supaya mencari jalan dan berikhtiar dan seterusnya bertawakkal kepada allah.
3.oleh itu,sifat yang penting dalam menghadapi dugaan hidup ialah sifat sabar. bila seseorang menghadapi masalah, sabar merupakan kunci kekuatan insan. seseorang yang sabar memerlukan kekuatan fizikal, mental serta rohaniah dan batiniah. contoh terbaik sabar adalah sabarnya rasulullah menghadapi kaum musyrikin semasa baginda menyampaikan dakwah islam. jika kita mengalami sakit atau derita, sabar juga menjadi dinding kekuatan untuk terus berjuang menghadapi penyakit atau penderitaan itu.
4.islam mengajar umatnya berusaha sambil bersabar. sabar yang dituruti dengan usaha atau ikhtiar untuk menyelesaikan masalah atau penderitaan yang dialami memungkin seseorang itu akan berjaya. sabar yang tidak berusaha melakukan sesuatu untuk mendapat kejayaan adalah bukan cara sabar yang sebenar. sabar adalah sebahagian dari iman.
5.setelah mendapat kejayaan dan kebahagian, amat sedikit manusia yang bersyukur. antara syukur dan sabar, syukur lebih payah untuk kita capai. jika difikir logik juga, amay susah apabila seseorang yang senang untuk menginati allah berbanding orang yang susah. walaubagaimanapun, kita mestilah sentiasa mengucapkan puji-pujian kepada allah supaya kita tidak lupa untuk bersyukur kepada allah

Monday, July 12, 2010

Berakhirnya Piala Dunia..Ramalan

Setelah sebulan berlangsungnya perlawanan bolasepak piala dunia di Afrika Selatan, akhirnya juara yang dinobatkan ialah Sepanyol. Kuasa-kuasa bolasepak seperti Brazil, Jerman, Itali, Belanda dan bayak lagi rebah ditangan Sepanyol. Mungkin dari saat ini, Sepanyol telah muncul sebagai salah sebuah negara kuasa bolasepak.
Apa yang ingin dikongsi oleh penulis ialah mengenai ramalan-ramalan perlawanan bolasepak yang dijalan sebelum sesuatu perlawanan itu berlangsung yang hangat diuar-uarkan oleh media massa dalam dan luar negara. Ramalan atau tekaan pasukan yang akan menang menambahrancakkan lagi penjudi-penjudi bolasepak di seluruh dunia. Yang paling menghairankan penulis adalah ramalan yang dikatakan dibuat oleh seekor octopus atau sotong kurita di Jerman. Begitu terkebelakangnya pemikiran seseorang yang percaya ramalan seekor octopus yang hanya melekat di bendera pasukan yang akan menang apabila direndam di dalam air.
Islam telah mengharamkan judi. Tetapi begitulah dengan penjudi-penjudi yang semakin hari semakin balik bersamaan dengan zaman jahiliyyah yang mempercayai ramalan atau tilik nasib untuk mereka memenangi sedikit wang pertaruhan..
Harapan penulis, dengan berakhirnya musim piala dunia ini, semoga amalan karut seperti ramalan oleh binatang atau tukang tilik yang betul-betul terpesong dari ajaran Islam ini lenyap bersama musim bola ini. kita sebagai umat islam seharusnya kuatkan aqidah kita memeprcayai qada' dan qadar Allah sepertimana menjadi salah satu rukun iman setiap muslim