Berada di Beijing selama seminggu, saya sempat bersolat dibeberapa buah masjid di sekitar bandaraya beijing China. Saya begitu tertarik dengan salah sebuah masjidnya iaitu masjid niu jie. masjid ini adalah salah sebuah masjid tertua di China yang telah dibina pada tahun 996 AD. saya begitu kagum bukan hanya dengan senibina dan seni ukiran warisan rakyat cina, saya sempat berjemaah di masjid ini dan dapat melihat ramainya jemaah yang datang untuk menunaikan solat jemaah zuhur. Dianggarkan lebih kurang 200-300 orang jemaah dalam 5 saf solat berjemaah pada masa itu.
Apabila dibandingkan dengan negara kita malaysia yang majoritinya penduduk melayu islam dan pemerintahnya juga yang beragama islam dengan banyaknya masjid yang tersergam indah diserata malaysia, saya berasa malu kerana di malaysia begitu susah kita dapat melihat sebegitu ramai makmun datang berjemaah terutama pada pada siang seperti waktu zuhur dan asar. Seperti yang kita ketahui, Islam telah lama bertapak di tanah besar China berbanding negara kita Tanah Melayu, walaupun begitu kita tidak harus mengukur ketaatan kita kepada Allah dengan berpandukan masa penerimaan islam. Ketaqwaan kita serta amal soleh adalah salah satu tanda untuk kita menunjukkan ketaatan kita kepada Tuhan Yang Maha Esa. Disamping itu, saya rasa kita perlu bersyukur dengan keselesaan hidup kita sebagai orang islam dibawah kuasa pemerintah yang beragama islam berbanding orang islam di China yang diperintah oleh kuasa komunis. Kita tunjukkan kesyukuran kita kepada Allah itu dengan berusaha memakmurkan masjid-masjid yang berdekatan kita setiap 5 waktu setiap hari. Solat itu adalah tiang agama, maka kita sama-samalah sentiasa menguatkan tiang agama islam ini semoga agama kita tidak rebah disebabkan apa jua anasir buruk, berdiri teguh untuk memayungi hidup kita didunia dan akhirat.
1 comment:
wah..bestnye g beijing..;)
Post a Comment