Sunday, May 15, 2011

Liga Bolasepak Inggeris

1.Sekali lagi Manchester United (MU) berjaya menjadi juara English Premiere League (EPL) 2010/2011 sambil menambah koleksi kejuaraan mereka yang ke-19. Musuh-musuh tradisi seperti Chelsea, Arsenal, Liverpool sekali lagi terpaksa akur dan berputih mata dengan kehebatan pasukan anak didik Sir Alex Ferguson.
2.Kelab- kelab seteru utama MU berputih mata lagi untuk musim ini walaupun dengan kekayaan yang dimiliki oleh Roman Abramovich yang membiayai Chelsea, dengan pembelian pemain-pemain yang handal seperti Fernando Torres, David Luiz ataupun seperti pasukan yang baru meningkat naik yang dibiayai oleh jutawan Arab iaitu kelab Manchester City yang telah banyak melabur untuk pembelian beberapa nama besar seperti Tevez, Yaya Toure dan ramai lagi.
3.Perlawanan bolasepak dalam Liga Inggeris bagaikan sudah menjadi rutin untuk sesetengah peminat fanatik bolasepak untuk mengikuti perlawanan mereka setiap minggu. EPL menjadi kegilaan peminat-peminat bolasepak bukan sahaja di England bahkan di seluruh dunia. peminat bolasepak di Malaysia juga tidak terkecuali sehingga ada yang menubuhkan Fan Club untuk kelab-kelab bolasepak inggeris ini. Mereka juga sanggup berbelanja untuk membeli jersi kebanggaan pasukan mereka atau cenderahati yang melambangkan kelab itu, malahan ada yang sanggup bersengkang mata pada waktu malam menonton perlawanan bolasepak di kaca televisyen di rumah atau di kedai-kedai makan.
4.Tinggal beberapa perlawanan sahaja lagi untuk mengakhiri musim EPL ini, bagi peminat yang fanatik mungkin ada yang gembira kerana pasukan mereka menang, ada juga peminat yang kecewa dan sedih dengan kekalahan pasukan mereka. Selepas ini, kelab-kelab ini akan berehat panjang sebelum memulakan musin EPL yang baru, tetapi mereka akan sibuk untuk menyediakan dan memperkemaskan lagi pasukan mereka untuk musim yang akan datang. Maka, pegawai-pegawai kelab akan sibuk dengan urusan pembelian pemain-pemain baru.
5.Walaupun musim EPL tamat, peminat-peminat yang setia masih akan mengikuti perkembangan pasukan pilihan mereka melalui internet atau media massa yang lain. Berita-berita mengenai gosip perpindahan pemain juga boleh menjadi perbincangan hangat antara peminat-peminat bolasepak ini.
6.Selamat berehat EPL, semoga berjumpa lagi di musim akan datang...

No comments: