1.Istilah rumahku syurgaku mengundang pelbagai definisi bagi seseorang itu. Ianya berbeza-beza mengikut taraf hidup individu. Seorang yang miskin menganggap pondok kecil pun sudah cukup baginya sebagai tempat berteduh. Manakala bagi seseorang yang bergaji besar mungkin ingin memiliki sebuah rumah banglo bagai sebuah mahligai.
2.Pada masa sekarang, kebanyakkan orang dapat memiliki rumah dengan menggunakan pinjaman bank. Tidak seperti dahulu, mereka perlu menggunakan wang sendiri dahulu untuk membina rumah mereka. Banyaknya kemudahan pinjaman bank yang ditawarkan memudahkan seseorang memiliki rumah sendiri.
3.Walaupun begitu,seseorang perlu bijak memilih pinjaman bank yang sesuai untuk pembiayaan rumah mereka. Kemampuan untuk membayar balik pinjaman setiap bulan perlu diambil berat untuk mengelakkan berlaku masalah dimasa akan datang.
4.Pembelian rumah dari pemaju perumahan menjadi pilihan utama buat masa ini. Selain itu, seseorang boleh membuat pinjaman peribadi untuk mendirikan rumah sendiri di atas tapak tanah sendiri. namun ada kelebihan dan keburukan diantara kedua-dua cara ini.
5.Aspek yang penting untuk seseorang memiliki rumah dengan menggunakan pinjaman bank, setelah mendapat kunci untiuk memasuki rumah baru dari pemaju, mereka perlu mengeluarkan lagi perbelanjaan untuk pemasangan lampu, kipas serta pengubahsuaian seperti dapur dan bilik. bagi seseorang yang membuat pinjaman peribadi untuk membina rumah ditanah sendiri juga perlu menganggarkan kos rumah yang akan dibina adalah termasuk pemasangan pemasangan elektik dan sebagainya.
6.Oleh itu, sebelum membuat pinjaman untuk membeli atau membina rumah, kita harus mengira kesemua kos yang akan ditanggung sebelum memilih untuk membeli rumah dari pemaju atau membina rumah sendiri.
7.Bagi sesiapa yang akan atau sudah memasuki rumah baru, tahniah kepada anda semua
No comments:
Post a Comment