Saturday, April 21, 2012

Indonesia

Baru-baru ini saya berpeluang menjejak kaki di bumi Indonesia. Melihat kepada bahasa dan budaya masyarakat mereka, ianya kurang lebih sama dengan masyarakat kita di Malaysia.
Perbezaan besar yang boleh diperhatikan ialah nilai matawang mereka. Nilai matawang mereka begitu kecil berbanding kita. maka sebab itulah ramainya rakyat Indonesia yang datang berhijrah ke Malaysia untuk mencari rezeki.Kadar kemiskinan disana masih tinggi. Perbezaan diantara orang yang kaya dan miskin begitu besar.
Selain itu, kebersihan bandar-bandar disana kurang begitu bersih. Mungkin kerana rakyatnya yang ramai menyebabkan kepadatan yang tinggi. Malahan ia menyebabkan kesesakan lalulintas yang teruk pada satu-satu masa.

No comments: