Di dalam Islam, tawakkal bermaksud berserah diri kepada Allah dan berpegang teguh kepadaNYA dalam perkara wajib sebagaimana perintah Allah S.W.T di dalam surah al-imran ayat 122 yang bermaksud; "kepada Allah sahajalah hendaknya orang-orang yang beriman itu bertawakkal(menyerah diri).
Definisi tawakkal menurut kacamata ulama tersohor dunia, Prof dr Yusuf al-Qardawi pula ialah , apabila seseorang manusia itu menyusun dan mengatur persiapan, persediaan, strategi dan daya usaha yang bersungguh-sungguh, kemudian menyerahkan hasil keputusannya hanya kepada Allah Yang Maha Berkuasa.
Oleh itu, dikesempatan ini, saya ingin mengajak kepada pembaca blog ini supaya mengambil iktibar dari konsep sebenar tawakkal untuk kita sentiasa berusaha sedaya upaya yang terbaik dan setelah selesai sesuatu tugas itu, kita hanya mampu berserah diri kepada Allah sambil memanjatkan doa agar hasil usaha yang dilakukan itu berjaya dan beringat bahawa qadak dan qadar itu dari Allah Taala.
No comments:
Post a Comment