Monday, April 20, 2009

BUDAYA KORPORAT-KAMI SEDIA MEMBANTU

1.Tanggal 20 April 2009, serentak di seluruh institusi kesihatan di Malaysia, Kementerian Kesihatan Malaysia(KKM) telah melancarkan program penerapan budaya korporat bermottokan "KAMI SEDIA MEMBANTU"

2.jika dilihat logo yang dicipta berlatarbelakangkan tangan kanan yang menyentuh bentuk hati/'love' yang berwarna merah disisipkan dengan tiga nilai teras utama dalam budaya korporat KKM

3.mengikut definisi yang diambil dari sumber KKM, 'sentuhan di hati' melambangkan kelembutan, kemesraan dan keprihatinan semasa menjalankan tugas, 'hati berwarna merah' melambangkan semangat dan komitmen anggota kementerian kesihatan malaysia untuk meningkatkan mutu perkhidmatan, 'tangan' melambangkan keikhlasan dan kesediaan untuk membantu, 'latarbelakang putih logo' pula melambangkan kepentingan kebersihan, keikhlasan dan kesungguhan anggota KKM menjalankan tugas dan manakala 'nilai-nilai teras' menonjolkan prinsip-prinsip yang dipegang semasa menjalankan tugas.

4.moto 'KAMI SEDIA MEMBANTU' pula dihuraikan satu persatu dari 3 perkataan ini iaitu:-

i)'kami' bermaksud semua anggota kementerian kesihatan malaysia bekerja satu pasukan untuk mencapai matlamat.kata ganti diri kami diambil untuk menunjukkan semangat kerjasama didalam pasukan semua anggota kementerian.sebagai contoh, ada seorang pesakit yang mengalami patah tulang kaki (open fracture femur) disebabkan oleh kemalangan jalanraya, untuk merawat pesakit ini memerlukan kerjasama sebuah pasukan dari awal lagi. dari mula pesakit itu mengalami kecederaan, beliau akan dibawa oleh ambulance call team yang terdiri daripada pemandu ambulan, pembantu perawatan kesihatan(PPK) dan penolong pegawai perubatan(PPP) ke hospital berdekatan.beliau akan dirawat oleh pakar ortopaedic untuk menjalani pembedahan (plating femur), sebelum itu pesakit perlu dirujuk ke juru xray untuk dibuat beberapa xray untuk melihat tahap kecederaan tulang itu, dan selepas dibedah akan disusuli rawatan 'dressing' luka oleh jururawat sehingga dibuat susulan fisioterapi oleh ahli fisioterapi untuk melatih pesakit untuk berjalan semula (ambulation and limb strengthening). jika dilihat disini seorang pesakit itu akan dirawat oleh pelbagai disiplin dalam KKM yang merupakan sebuah pasukan yang saling bekerjasama erat untuk mencapai sesuatu matlamat itu.

ii)'sedia' bermaksud sentiasa bersiap sedia memberi perkhidmatan secara profesional.disini pula, saya megambil contoh dimana seseorang doktor hendaklah sentiasa bersedia untuk dipanggil bertugas, tidak hanya semasa waktu oncall bahkan semasa tidak oncall jika terdapat kes-kes kecemasan yang sangat-sangat memerlukan pertolongan.perkhidmatan yang diberikan juga hendaklah berprofesionalisme, tidak mengira bangsa, agama atau pangkat.

iii)'membantu' memberi pengertian ikhlas semasa memberi bantuan dan menjalankan tugas.walaupun anggota KKM bekerja dengan mendapat gaji dan elaun, tetapi perlu disemai sifat keikhlasan semasa menjalankan tugas supaya tugas yang dijalankan mencapai objektif dan sempurna. Disamping itu juga, kerja yang yang dibuat dengan hati yang ikhlas akan memberikan kepuasan dan kegembiraan dihati anggota yang menjalankan tugas.

4. Nilai-nilai teras yang dinyatakan adalah:-

i)Penyayang
Kami komited untuk menerima pelanggan dengan sikap ramah mesra dan penuh perhatian. Kami bersedia memberi layanan dengan bersopan santun, responsif dan menghormati hak individu. Kami bertanggungjawab memberi perkhidmatan yang mesra pelanggan.

ii)Profesionalisme
Kami komited untuk memberi perkhidmatan yang terbaik merangkumi etika dan taraf kerja yang dikehendaki serta prinsip anggota yang bertanggungjawab. Kami percaya dalam memberikan perkhidmatan cemerlang dan sentiasa bersedia memenuhi harapan masyarakat.

iii)Kerja Berpasukan
Kami komited untuk bekerja sebagai satu pasukan dengan harmoni bagi mencapai matlamat yang sama.

kesimpulannya, program penerapan budaya korporat ini diharap dapat meningkatkan lagi mutu perkhidmatan anggota-anggota kementerian kesihatan malaysia untuk seluruh rakyat malaysia untuk mencapai matlamat wawasan 2020 negara maju.

No comments: