Sunday, April 12, 2009

MALAYSIA DI ERA PM DATO SRI NAJIB TUN RAZAK

1.pada 7 april 2009 yang lalu menyaksikan 3 pilihanraya serentak telah diadakan,keputusan yang menunjukkan pilihan rakyat di kawasan terbabit.ramai juga dikalangan pemerhati politik menyatakan ianya menunjukkan pengaruh pembangkang selepas tsunami politik mac 2008 masih kuat
2.manakala, dikalangan pro-kerajaan pula menyatakan, ianya terlalu awal untuk membuat penilaian kepada sambutan dan persepsi rakyat terhadap peralihan kuasa daripada kepimpinan Tun Abdullah Ahmad Badawi kepada Dato' Sri Najib Tun Razak
3.kemenangan PAS di Parlimen Bukit Gantang dan PKR di DUN Bukit Selambau dan BN hanya dapat mengekalkan kemenangan di DUN Batang Air ni menggambarkan banyak persepsi rakyat terhadap kepimpinan baru ini
4.Tidak banyak ulasan atau komen yang diberi oleh Dato Sri Najib setelah pilihanraya kecil ini selesai dek kekalahan di 2 bukit ini, hanya Tan Sri Muhyiddin sahaja telah memberi kenyataan untuk membuat 'independent postmortem' pada ketiga2 pilihanraya kecil itu akan dibuat, malahan Dato Sri Najib lebih sibuk untuk membentuk kabinet baru beliau
5.beliau telah mengumumkan barisan kabinet barunya 2 hari selepas pilihanraya kecil selesai,menyaksikan separuh muka baru di kalangan menteri yang dilantik.
6.beliau mengambil iktibar daripada kekalahan teruk BN selepas mac 2008, akibat dari kemerosotan undi kaum cina dan india, beliau melahirkan satu wawasan baru iaitu SATU MALAYSIA.Justeru itu, ramai wakil dari MCA dan MIC termasuk GERAKAN dimasukkan di dalam kabinet baru beliau
7.satu malaysia menggambar kesatuan dan perpaduan dikalangan semua warga malaysia tidak mengira bangsa, beliau ingin membuat transformasi kepimpinan yang lalu yang bemottokan ISLAM HADHARI. mungkin wawasan ISLAM HADHARI yang dibawa oleh Tun Abdullah sedikit memberi kesan negatif atau fobia terhadap warga malaysia yang bukan beragama islam
8.walaupun SATU MALAYSIA atau ONE MALAYSIA masih berusia setahun jagung, beliau berharap ia dapat mengembalikan keyakinan rakyat terhadap kepimpinan baru
9.setelah pengumuman mengejut pembebasan 13 tahanan ISA dan penarikan balik larangan pengeluaran 2 akhbar rasmi pembangkang pada ucapan sulung beliau sebagai PM, seluruh rakyat malaysia menantikan apakah ada lagi perubahan yang terbaik akan dilaksanakan oleh Dato Sri Najib
10.semua mengharapkan kepimpinan baru Dato Sri Najib ini dapat menyuburkan kembali amalan demokrasi di negara ini dan juga dapat meningkatkan lagi ekonomi malaysia mengharungi kemelesetan ekonomi seluruh dunia di masa ini.

No comments: