Mengimbas kembali Februari 2008, setelahku tamat 'housemanship posting' di sebuah hospital di Perak.Kemudian berhijrah ke negeri Pahang, jiran negeri tanah tumpah darahku iaitu Terengganu mengikuti isteriku yang bekerja di Pahang.
Setibanya di Jabatan Kesihatan Negeri Pahang untuk melapor diri,aku ditempatkan di sebuah hospital daerah, Hospital Jerantut. Berfikir sejenak, dimanakah Jerantut...keesokan hari selepas melapor diri di JKN,aku bertolak ke Jerantut. Perjalanan memakan masa lebih kurang 1 jam dari Temerloh ke Jerantut.
Mulanya terasa begitu 'remote'nya daerah ini.Melihatkan kedudukan hospital yang sedikit jauh dari pekannya, bangunan hospitalnya yang kecil hanya mempunyai 4 wad dan 6 bilik untuk pesakit luar.ku gagahkan perasaan dan semangatku untuk berkhidmat untuk penduduk Jerantut dengan tekun,sabar dan ikhlas walaupun terpaksa berjauhan seketika dengan isteriku yang bekerja di Temerloh.
Selama lebih kurang setahun lebih bertugas di hospital Jerantut banyak pengalaman yang tidak ternilai dapat kutimba.ku pelajari bagaimana bekerja di hospital daerah yang memerlukan banyak kesabaran dan keberanian.Bayangkanlah bekerja di hospital tanpa pakar,walaupun boleh merujuk kepada pakar melalui telefon, tetapi baru kurasai bagaimana cabaran pegawai perubatan yang bekerja di 'district'.
Untuk sekalian kalinya, ku ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua staff di hospital jerantut dari pekerja radicare hingga ke rakan sejawat doktor yang banyak membantu saya dan keluarga selama berada di Jerantut. tidak lupa juga saya ingin mengambil kesempatan disini untuk memohon kemaafan jika ada salah silap sekiranya terdapat salah silap sepanjang saya berada di sana.
Akhir kata, moga berjumpa lagi di masa akan datang, insyaallah.SELAMAT MAJU JAYA KEPADA SEMUA, MOGA SENTIASA DIBERKATI ALLAH.AMIN
No comments:
Post a Comment