Pada 1/6/2009 merupakan hari pertama saya melaporkan diri di Hospital Tengku Ampuan Afzan Kuantan(HTAA).Setibanya saya di HTAA,saya terus ke pejabat pengarah hospital.setelah selesai proses dokumentasi di bahagian sumber manusia di pejabat pengarah, saya dan beberapa orang lagi doktor lain pergi kebilik pengarah hospital.Perjumpaan dengan pengarah berlangsung lebih kurang 30 minit.
Saya ditempatkan di jabatan ENT seperti yang dipohon.Saya terus ke klinik ENT untuk berjumpa dengan ketua jabatan,tetapi bila tiba di klink saya hanya berjumpa dengan senior MO sahaja disebabkan ketua jabatan dan consultan serta specialist yang lain berada di OT pada masa itu.
Saya dibawa oleh MA yang bertugas untuk orientasi klinik dan hospital.Selepas itu saya terus tag selama seminggu sebelum saya dapat membuat oncall pertama sebagai MO ENT HTAA.Seminggu tagging MO ENT,sedikit dapat membantu untuk saya terus berusaha gigih,tekun dan sabar bertugas memberi khidmat bantuan kepada pesakit serta menimba pengalaman untuk saya mencapai cita-cita sebagai pakar ENT dimasa akan datang,insyaallah..
Saya berdoa kepada Allah agar saya diberi kekuatan dan pengetahuan untuk terus bekerja di ENT ini seterus memakbulkan doa saya untuk menyambung pelajaran postgrad dalam bidang ini sehingga menjadi pakar ENT.amin
No comments:
Post a Comment