1.Hari ini saya telah membuat 'ward round' bersama dengan pakar saya di wad di hospital. Buat pertama kali saya begitu tersentuh dengan cara doktor pakar ini menasihati pesakit tentang kewajipan solat semasa sakit.Inilah kali pertama saya mendengar seorang doktor pakar menasihati pesakit berkenaan soalan agama sejak saya mula-mula menjadi houseman sehingga sekarang.
2.Kita perlu sedar bahawa kewajipan solat itu masih digalas oleh setiap orang muslim itu sehingga akhir nyawa.Walaupun dalam keadaan sakit sekalipun, ia tidak membebaskan seseorang itu dari kewajipan solat.Tetapi syariat islam telah menyediakan rukhsoh solat bagi pesakit dalam beberapa keadaan.
3.Kita semua tahu, solat 5 waktu setiap hari merupakan rukun islam yang ke-2 didalam islam.Oleh itu, bagi semua orang muslim perlulah mengambil berat tentang solat.Hanya orang gila, tidak mukallaf dan beberpa lagi golongan yang tidak diwajibkan solat.
4.Dalam keadaan sakit, kita diajar juga untuk berikhtiar disamping itu kita perlu redha dengan ketentuan Allah sambil berdoa kepada Allah untuk menyembuhkan penyakit.Penyakit juga merupakan satu balasan Allah terhadap seseorang itu di atas dunia.Jadi eloklah kita jangan lupa tentang kewajipan solat walaupun dalam keadaan tidak sihat
5.Saya merasakan setiap doktor yang merawat pesakit hendaklah peka dengan persoalan ini juga, jangan kita hanya bertanyakan pesakit tentang keadaan fizikal mereka, tetapi kita tidak boleh lupa tentang menanyakan ibadat solat.
6.Memang doktor itu tidak boleh memaksa pesakit untuk solat tetapi ada cara yang baik untuk menasihati pesakit tentang kewajipan solat.Jika ada persoalan tentang cara ibadat solat, doktor atau pesakit perlu merujuk kepada ustaz atau orang yang alim tentang hal ini untuk mengetahui degan lebih lanjut tentang kaifiatnya.
No comments:
Post a Comment