Sunday, June 28, 2009

RINGAN TULANG..

Mungkin semua orang tahu apa ertinya peribahasa 'ringan tulang'. Pembaca juga akan tertanya-tanya apakah isu yang penulis ingin tonjolkan dengan tajuk 'ringan tulang'. Sebenarnya, saya ingin mengupas sedikit berkenaan dengan peribahasa 'ringan tulang' ini dengan pengalaman saya semasa berpindah rumah dari Jerantut ke Kuantan baru-baru ini.
Saya telah berpindah dan bertugas di HTAA Kuantan sejak awal Jun 2009. Pada akhir bulan Jun kami sekeluarga bertungkus lumus mengangkut dan memindah barang-barang serta perabot-perabot dengan menggunakan lori. Saya tidak mempunyai masalah dengan kenderaan untuk mengankut barang-barang kerana pihak hospital tempat saya bertugas dahulu menyediakankannya. Saya amat berterima kasih dengan pihak hospital Jerantut yang sudi menyediakan lori untuk berpindah untuk kami. 2 orang pemandu dan dibantu seorang lagi bersama-sama dengan adik-adik dan mertua saya mengangkut barang-barang msauk kedalam lori.
Perjalanan memakan masa selama lebih kurang 2 jam dari Jerantut ke Kuantan. Setibanya di Kuantan, saya disambut oleh 3 orang jiran yang saya belum kenali lagi. Saya begitu terharu dan amat berterima kasih dengan 3 orang jiran saya yang ringan tulang membantu mengangkut barang-barang dan perabot masuk kedalam rumah sewa baru. Jikalau tidak kerana 3 orang jiran baru saya ini yang membantu, kerja-kerja mengangkut barang-barang ini mungkin memerlukan tenaga dan masa yang lebih dengan hanya 4 orang pemandu termasuk saya sahaja.
Dalam penulisan ini, saya ingin mengajak pembaca betapa peri pentingnya semangat kejiranan yang ditunjuk oleh 3 orang jiran baru saya ini. Walaupun tanpa diajak atau disuruh, mereka dengan rela hati datang menolong dan ringan tulang bersama-sama membantu mengangkat barang-barang dan perabot. Pada mulanya, saya fikir pada zaman sekarang mungkin susah kita hendak melihat semangat kejiranan ini di taman-taman baru. Tetapi tekaan saya meleset bila melihat mereka datang membantu. Lebih-lebih lagi salah seorang jiran yang datang membantu kami pada masa ituialah seorang cina, tidak mengira kaum dan warna kulit, mereka turut datang membantu.
Pada pandangan saya yang masih baru berada di taman perumahan ini, saya begitu gembira dan ingin melihat kehadapan apakah lagi semangat kejiranan yang semakin pupus dibandar-bandar besar ini terus kekal tidak lupuk ditelan zaman. Dikesempatan ini, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang terlibat termasuk kedua-dua mertua saya yang membantu kami dalam proses perpindahan ini. Moga Allah membalas jasa baik anda semua. .Terima kasih

No comments: