1. Setiap organisasi mempunyai pemimpin dan pekerja. Dalam organisasi Jabatan Kesihatan juga ada pemimpin dan yang dipimpin. Hierarki ini perlu dipatuhi oleh semua ahli organisasi supaya perjalanan organisasi lancar dan teratur
2. Oleh yang demikian, tanggungjawab sebagai seorang ketua dalam sesebuah organisasi ini amatlah berat. Sikap adil kepada semua ahli organisasinya begitu penting untuk menjamin kejayaan organisasi
3.Peraturan yang ada perlu dilaksanakan dengan tegas, betul dan tiada pilih kasih. Sebagai contoh, seseorang ketua tidak boleh mengamalkan sikap pilh kasih dalam memberikan sesuatu jawatan kepada orang bawahannya.
4. Tetapi, akhir -akhir ini, saya melihat bahawa semakin susah untuk kita mendapat seorang pemimpin yang adil. Bukan sahaja di peringkat jabatan organisasi, malahan di peringkat nasional.
5. Ingatlah wahai pemimpin-pemimpin, amanah yang diberi oleh Allah kepada kamu semua untuk kamu jaganya dengan baik, penuh dengan nilai-nilai murni Islam. Janganlah kamu berlaku zalim kepada orang bawahanmu. Lebih kurang maksud hadis dari Rasul S.W.T menyatakan doa orang-orang yang dizalimi dimakbulkan Allah Taala
No comments:
Post a Comment