Pada pagi Jumaat 17 Julai 2009, ibu kota Jakarta digegarkan lagi dengan ledakan bom di buah hotel terkemuka iaitu Hotel JW Marriott dan Hotel Ritz-Carlton. Ini menyebabkan sekurang-urangnya sembilan terbunuh dan 41 orang lagi cedera. Letupan pertama berlaku di tingkat bawah tanah JW Marriott, manakala letupan kedua di restoran Ritz-Carlton. Sebutir bom yang tidak meletup kemudian ditemui di dalam sebuah bilik di tingkat 18 JW Marriott dan dimatikan oleh pihak polis.
Disebalik pengeboman ini, kita masih tertanya-tanya apakah motif sebenar pihak yang menjadi dalang dalam kejadian ini. Serangan yang dilakukan oleh penyerang berani mati ini seakan sama dengan serangan-serangan pejuang berani mati di negara-negara seperti Iraq dan Afghanistan. Adakah kejadian kali ini angkara militan islam seperti Jemaah Islamiah (JI) ataupun pihak yang kalah dalam pilihanraya presiden baru-baru ini. Presiden Susilo Bambang Yudhoyono, sebaik sahaja pengeboman itu, membuat kenyataan media menyatakan bahawa melalui maklumat risikan terdapat pihak-pihak militan yang membuat latihan menembak di negara itu menggunakan fotonya sebagai sasaran tembakan. Banyak kesan buruk yang akan timbul nanti baik untuk rakyat, kerajaan dan negara Indonesia itu sendiri.
Bagi penulis pula, apapun yang berlaku ini boleh dijadikan pedoman untuk kita semua. Sebagai rakyat Malaysia, diharap kejadian sebegini tidak berlaku disini. Pengeboman berani mati ini sebenar angkara manusia yang tidak berperikemanusian. Hanya untuk mencapai matlamat mereka, nyawa manusia yang tidak berdosa melayang. Bahkan harta benda juga musnah. Inilah yang dikatakan "Matlamat Tidak Menghalalkan Cara". Walaupun untuk mencapai sesuatu perkara, modus operandi yang dilaksanakan hendaklah mengikut lunas-lunas yang betul, mengikut hukum duniawi dan ukhrawi.
No comments:
Post a Comment