Friday, July 3, 2009

SELSEMA DAN PUSAT PENYEMBELIHAN BABI

Sejak akhir akhir ini, kita sering mendengar berita mengenai wabak selsema babi atau influenza a H1N1 di seluruh dunia. Negara kita Malaysia tidak terkecuali dalam menghadapi wabak pandemic virus ini. Malaysia juga telah merekodkan adanya kes jangkitan tempatan influenza A H1N1
Kerajaan malaysia melalui kementerian Kesihatan Malaysia serta beberapa kementerian dan agensi yang lain yang terbabit secara langsung dalam menangani penularan virus ini bekerja keras siang dan malam untuk memastikan wabak ini terkawal.
Mengejutkan juga, tiba-tiba berita berkenaan keretakan gabungan pakatan rakyat di Kedah baru-baru ini. sambil dunia sibuk dengan penularan virus influenza A H1N1 atau selsema babi, negeri Kedah pula sibuk dengan parti DAP mengugut keluar dari pakatan rakyat, iaitu sebuah pakatan pembangkang di Malaysia yang ditubuhkan pada era pilihanraya umum Malaysia Mac 2008.
Sepertimana yang kita tahu, negeri Kedah adalah salah sebuah negeri yang dikuasai pakatan pembangkang selepas Mac 2008. Walau bagaimanapun, PAS lebih banyak menguasai kerusi DUN di Kedah yang membolehkan Menteri Besarnya dilantik dari PAS.
Isu perobohan pusat penyembelihan babi di Kedah oleh kerajaan negeri dibantah keras oleh DAP menyebabkan mereka ingin keluar dari pakatan pembangkang sebagai kerajaan negeri. Apakah sebenarnya taktik dan tujuan pihak DAP yang mengugut kerajaan PAS di Kedah ini tidaklah diketahui. Namun, saya amat berharap PAS sebagai parti yang memerintah tidak perlulah tunduk dengan ugutan ini jika segala proses perobohan ini masih selari dengan undang-undang dan untuk kepentingan masyarakat semua.

No comments: