Musim demam bola piala dunia telah kembali setelah 4 tahun ditunggu. Seluruh dunia akan bercakap mengenai bolasepak piala dunia selama sebulan bermula awal Jun ini. Di malaysia juga telah diadakan berbagai-bagai acara dan peraduan yang membabitkan piala dunia ini. Paling membimbangkan dan menyedihkan adalah mengenai pengumuman yang telah dibuat oleh salah seorang Timbalan menteri yang mengumumkan akan menimbang memberi kelulusan judi bolasepak di negara Malaysia ini sempena dengan piala dunia.
Seperti yang kita tahu,judi diharamkan didalam islam. Tidak kira apa jua bentuk judi itu, memang telah termaktub dalam Al quran pengharaman judi. Judi sebenarnya banyak menyebabkan kerosakan dan keburukan kepada penjudi itu sendiri, walaupun begitu sesiapa yang berjudi kebiasaannya mereka akan ketagih untuk berjudi walhal mereka kerugian beribu-ribu ringgit.
Ulama yang pro kerajaan pula membisu mengenai judi bolasepak ini. Dalam satu kenyataan oleh pemimpin negara, judi bolasepak yang diluluskan ini adalah untuk mengelakkan serta mengurangkan judi yang tidak berlesen. Apakah dengan adanya lesen, hukum judi bertukar menjadi halal. Matlamat tidak menghalalkan cara. Begitukah caranya sebuah kerajaan negara islam menghapuskan judi.
Kaum bukan islam juga majoritinya tidak menyokong judi. Mereka yang terlibat dengan judi boleh merosakkan rumahtangga serta institusi kekeluargaan. Judi juga menggalakkan orang berhutang sehingga melahirkan ah long yang boleh membahayakan diri sendiri dan keluarga.
Akhir kata, judi sememangnya haram disisi islam.
No comments:
Post a Comment