Tragedi penawanan dan pembunuhan sukarelawan pelbagai negara ke semenanjung Gaza oleh tentera rejim zionis israel membawa kesedaran baru bagi seluruh masyarakat dunia tentang kezaliman yahudi terhadap penduduk palestin selama ini. Rakyat palestin telah beberapa dekad berjuang menuntut hak tanahair mereka yang dirampas oleh Israel. Kejadian ini telah membuka mata banyak pihak walaupun kuasa besar seperti Amerika, Russia, Perancis masih membisu seribu bahasa. Mungkin kerana takut atau sememangnya kuasa besar ini juga bersekongkol dengan rejim zionis menakluki tanah Palestin. Liga Arab hanya boleh mengadakan sidang dan mengutuk tindakan yang diambil oleh Israel, tetapi ianya bagaikan melepaskan batuk ditangga. Tidak sedikit pun terasa gentar bagi pihak yahudi.
Semenanjung Gaza yang dikuasai oleh pihak Hamas semakin hari semakin ditekan dan ditindas oleh israel serta beberapa negara besar dunia. Sekatan ekonomi menyebabkan kemiskinan dan kesusahan hidup, kekurangan makanan, bekalan perubatan menghimpit rakyat disana. Alangkah ruginya, bantuan pakaian,makanan,ubatan yang dibawa kapal-kapal sukarelawan telah ditahan dan ditawan oleh pihak Israel sebelum sempat sampai ke destinasinya.
Marilah umat Islam bersatu menentang kezaliman yahudi ini. Sekurang-kurangnya, marilah kita menadahkan tangan berdoa memohon pertolongan dari tuhan yang esa membantu para mujahidin disana serta menghancurkan yahudi yang zalim.
No comments:
Post a Comment