1.musim haji telah tiba, majoriti jemaah haji dari Malaysia setakat ini sudah berada di tanah suci dalam persediaan menjalankan rukun islam yang kelima ini. hanya tinggal beberapa kumpulan jemaah yang akan bertolak sedikit masa lagi untuk menunaikan haji pada tahun ini.
2.haji merupakan ibadah yang memerlukan pengorbanan besar bagi setiap orang yang mengerjakannya. pengorbanan dari segi wang ringgit, tenaga, emosi dan banyak lagi. Terdapat benyak hikmah di dalam kewajipan haji ini.
3.ramai dikalangan orang yang mampu dari segi kewangan, akan tetapi malangnya di penghujung usianya tidak dapat menyempurnakan haji yang wajib keatasnya. Ada juga umat islam yang tidak mampu menunaikan kewajipan haji oleh kerana tahap kesihatan mereka yang tidak mengizinkan.
4.maka beruntunglah bagi sesiapa yang ditakdirkan oleh Allah dapat menunaikan haji sekurang-kurangnya sekali seumur hidup untuk melengkapkan kerukunan islam yang lima sebelum mereka menghadap tuhan yang esa.
5.bagi mereka yang belum menunaikan haji, cepat-cepatlah membuat persediaan untuk menunaikan rukun islam yang kelima ini dengan membuat simpanan seperti menabung di Tabung Haji. sekurang-kurangnya sebelum kita meninggal dunia, kita sudah ada niat dan membuat persiapan untuk menunaikan haji
6.untuk semua jemaah haji tahun ini, saya ingin mengucapkan selamat menunaikan haji, semoga mendapat haji yang mabrur.
No comments:
Post a Comment