1. Sebelum ingin melakukan sesuatu perkara atau memutuskan sesuatu keputusan, kita hendaklah berfikir dengan sedalam-dalamnya kesan dari keputusan yang dilakukan itu. Sebaik-baiknya, membuat kajian tentang kebaikan dan keburukan akibat tindakan yang diambil.
2. Agama Islam mengajar umatnya supaya senantiasa mengambil berat dan bertanggungjawab sepenuhnya dengan apa yang kita lakukan. Oleh itu, jangan sesekali membuat keputusan yang terburu-buru yang boleh mengakibatkan kesan yang buruk.
3. Episod penangkapan bekas mufti perlis oleh JAIS dengan bantuan pihak polis baru-baru ini membuka mata banyak pihak. Pelbagai reaksi dan komen tersiar di media massa oleh pihak atasan dan juga orang ramai mengenai perkara ini.
4.Saya juga ingin mengambil kesempatan untuk memberi sedikit ulasan disebalik episod penangkapan ini. Sebagai seorang yang bertanggungjawab kita seharusnya berfikir dan memperhalusi setiap tindakan yang kita akan lakukan.
5. Sebagai contoh samalah juga sebagai seorang doktor, sebelum membuat sesuatu keputusan rawatan untuk pesakit, beliau memerlukan kajian yang mendalam. Walaupun, pilihan rawatan adalah hak mutlak pesakit itu, akan tetapi dalam sesuatu keadaan yang mendesak, keputusan yang betul dari seorang doktor amat diperlukan.
6. Kesimpulannya, berfikirlah sebelum melakukan sesuatu perkara untuk kebaikan semua.
No comments:
Post a Comment