Seorang lelaki tua yang berumur 81 tahun telah menikam isterinya disebabkan oleh cemburu di Kedah baru-baru ini. Bagaimana perkara ini boleh berlaku, bagi saya ianya tidak perlu dihairankan sangat. Setiap manusia ada nafsu amarah serta mendapat bisikan syaitan, tidak kira tua atau muda, miskin atau kaya, alim atau tidak.
Pentingnya bagaimana mengawal emosi setiap kali berdepan situasi yang buruk perlu diasuh dari kecil lagi. Didikan agama yang kukuh bleh mengelak manusia terjerumus perangkap syaitan yang sentiasa ingin menyesatkan anak Adam ini.
Islam mengajar umatnya, bila kita dalam keadaan marah, digalakkan untuk mengambil wudhu dan menunaikan solat sunat atau membaca Al-Quran. Selawat dan istighfar juga membantu mengurangkan ketegangan kemarahan seseorang.
Menurut sesetengah ahli psikologi, cara untuk mengelakkan berlaku sesuatu yang lebih buruk semasa seseorang itu marah, cuba tidak mengeluarkan kemarahan dengan perkataan sebaliknya seseorang itu boleh meluahkan perasaan marah mereka dengan menulis di atas sekeping kertas dan seterusnya membuangnya.
Sebenarnya, banyak lagi cara untuk mengurang perasaan marah, banyak buku-buku motivasi membincangkan cara mengawal kemarahan. Marilah sama-sama kita muhasabah. Jangan sampai nasi sudah menjadi bubur baru ingin menyesal atas perbuatan kita sendiri.
No comments:
Post a Comment