Saturday, January 2, 2010

Kalimah Allah

Permulaan tahun Baru 2010 ini, berita mengenai keputusan mahkamah membenarkan kalimah Allah digunakan oleh majalah Herald Catholic weekly mengejutkan pelbagai pihak di Malaysia. Banyak pertubuhan islam dan orang islam di malaysia membuat bantahan mengenai keputusan mahkamah ini.
Hari ini, terpampang di dada-dada akhbar utama kenyatan PM menasihatkan rakyat malaysia khasnya yang beragama islam supaya bertenang dan tidak melakukan perhimpunan atau protes yang boleh membawa persengketaan antara agama.
Disini saya tidak ingin menghuraikan mengenai hukum penggunaan kalimah Allah oleh masyarakat bukan islam. Saya serahkan kepada orang-orang yang lebih alim berkenaan agama supaya membicarakan berkenaan hukum itu. Saya cuma ingin memberi sedikit pendapat saya berdasarkan sedikit ilmu yang saya ada.
Tidak dinafikan di malaysia, penggunaan Allah biasanya untuk kegunaan masyarakat islam sahaja. Pengalaman saya, pernah suatu masa dahulu semasa saya berinteraksi dengan seorang waris pesakit saya yang berbangsa cina beragama buddha. Saya memberitahu beliau keadaan ibunya yang sakit tenat dan nazak. Pada masa itulah saya terdengar beliau mengatakan 'tuhan allah' sudah mahu mengambil ibunya yakni bermaksud ibunya akan meninggal dunia. Dia yang seorang berbangsa cina itu berkata 'tuhan allah' merujuk kepada tuhan mereka. Allah adalah perkataan bahasa arab. mungkin jika di negara arab, orang bukan islam juga menggunakan allah merujuk kepada tuhan mereka.
Saya berpendapat jika penggunaan kalimah Allah itu tidak bermaksud untuk memesongkan aqidah umat islam, mungkin ianya tidak mengapa untuk diguna oleh orang bukan islam. Tetapi jika penggunaan kalimah Allah itu boleh memberi kesan pemesongan aqidah umat islam, ianya mesti ditentang dah diharamkan. Mari kita sama-sama mendapatkan fatwa dari ulama muktabar berkenaan perkara ini..

No comments: