Angkara sekatan konvoi viva palestina dari London ke Gaza disekat oleh pihak berkuasa Mesir, banyak pihak bangun membantah menunjukkan tanda sokongan kepada viva palestina. Konvoi viva palestina yang dianggotai oleh berbagai-bagai bangsa dan agama dilihat boleh memberi sokongan besar kepada palestin yang sudah sekian lama ditindas oleh rejim zionis israel. Tidak dapat ditafsirkan, apakah motif sebenar pihak berkuasa Mesir menyekat bantuan oleh konvoi ini yang kebanyakkan bantuan ubat-ubatan dan makanan kepada pelarian dan penduduk yang ditindas di Gaza. Tidak cukup dengan sekatan, segelintir anggota konvoi viva palestina ditahan oleh pihak berkuasa mesir dengan alasan menyebabkan rusuhan dan demonstrasi di pintu masuk sempadan Gaza-Mesir.
Viva palestina yang merupakan sebuah pertubuhan sukarelawan yang tidak ada kaitan dengan mana-mana pertubuhan politik ini hanya bertujuan untuk membela nasib rakyat palestin. Mengapakah orang-orang islam seagama dengan penduduk islam di palestin masih tidak dapat merasai keperitan hidup saudara seagama mereka. Satu fatwa telah dikeluarkan oleh ulama Jordan berhubung pembinaan tembok keluli di sempadan palestin yang menbuat pertuduhan pihak berkuasa mesir melakukan suatu jenayah. Alasan pihak mesir untuk membina tembok di sempadan adalah untuk mengelak penyeludupan bekalan senjata melalui terowong rahsia yang digali di sempadan itu dan juga menjaga kedaulatan negara. Begitu dangkal alasan yang diberikan oleh pihak berkuasa mesir, bagaimana derita rakyat palestin yang setiap hari dibedil dihujani dengan peluru meriam dan senapang dari pihak zionis. Penduduk palestin hanya boleh membalas dengan lontaran batu-batu kecil sahaja. Dengan bantuan Amerika Syarikat, zionis israel dan disokong oleh pihak berkuasa mesir menambahkan lagi penderitaan rakyat palestin.
marilah kita sama-sama membantu rakyat palestin yang menderita dengan memberi apa jua bentuk bantuan yang kita termampu. Setidak-tidaknya, memanjatkan doa kepada Allah supaya memberi kemenangan kepada mujahidin di sana dan seluruh umat islam didunia.
No comments:
Post a Comment