Thursday, February 25, 2010

MAULIDURRASUL

1.Pada 26/02/2010 ini adalah cuti umum sempena dengan ulangtahun kelahiran nabi muhammad s.w.t.Walaupun terdapat khilaf di kalangan ulama-ulama muktabar mengenai tarikh sebenar kelahiran nabi Muhammad s.w.t yang ada mengatakan iainya pada 7, 9 atau 12 rabiulawwal.
2.Tarikh sebenar kelahiran Nabi bukanlah menjadi satu persoalan besar untuk umat islam. Lebih-lebih lagi, Nabi tidak pernah mengajar umatnya untuk menyambut kelahiran baginda. Hanya selepas zaman wafatnya Nabi, barulah timbulnya sambutan memperingati kelahiran nabi.
3.Sambutan maulidurrasul ini hanyalah perkara baru yang dibuat oleh umat islam. Jadi, seharusnya kita jangan terlalu taksub dengan sambutan ini. Saya tidak menolak dengan sambutan yang diadakan, tetapi jangan sesekali menjadikan sambutan maulidurrasul ini sesuatu yang wajib didalam islam.
4.Sebaiknya, sambutan maulidurrasul ini perlu dipenuhi dengan ceramah-ceramah agama, berusaha mengamalkan sunnah rasul dan berpegang dengan agama islam yang dibawa oleh nabi Muhammad sepenuh jiwa raga dan menjadikan islam ini cara hidup kita seharian.
5.Salam maulidurrasul kepada semua..Mari kita semua berusaha menjadikan nabi muhammad sebagai 'role model' kita sepanjang hayat supaya hiup kita diberkati dan dirahmati Allah.

No comments: