Mungkin terasa sedikit kekok bila saya mengutarakan berkenaan topik seperti ini. Namun saya ingin berkongsi pendapat saya mengenai perkara ini.
Tidak dinafikan, peredaran zaman dan kemajuan yang dikecapi oleh masyarakat kita sekarang menyebabkan ramai wanita-wanita yang bergelar isteri mempunyai kerjaya masing-masing. Maka, tugas sebagai seorang isteri dan seorang yang bekerjaya semakin beratlah tanggungjawab yang dipikul mereka. Saya kagum dengan keazaman dan kegigihan mereka bekerja untuk membantu suami disamping tidak melupakan tugas menjaga urusan rumahtangga.
Keluar bekerja samada ke pejabat, sekolah, hospital atau dimana-mana sahaja menyebabkan wanita yang bergelar isteri perlu bertemu dengan berbagai-bagai orang awam. Penampilan seseorang pekerja pula memainkan peranan dalam sesuatu kerjaya. Namun perlu diberi perhatian, adakah penampilan diri seperti solekan, wangi-wangian dan perhiasan yang dipakai berlebih-lebihan untuk ke tempat kerja dibolehkan didalam islam.
Pendapat saya, perhiasan isteri hanyalah untuk suaminya sahaja. Akan tetapi penampilan yang kemas dan baik untuk ketempat kerja juga perlu dijaga untuk menjaga maruah dan nama baik diri dan suami. Jangan pula berlebih-lebih berhias untuk ketempat kerja padahal penampilan diri dirumah untuk suami tidak dijaga.
Untuk mendapat penjelasan dan hukum perhiasan ini, mari kita sama-sama merujuk kepada yang lebih arif mengenai hukum hukum islam. wallahuallam..
No comments:
Post a Comment