Friday, March 5, 2010

EL NINO

1.Kebanyakan kawasan di Malaysia dilanda musim panas terik sejak 1-2minggu yang lalu. Sepanjang tepi-tepi jalanraya didapati rumput-rumput menjadi kering disebabkan oleh cuaca panas.
2.Bagi orang awam, dinasihati untuk meminum seberapa banyak air terutamanya bagi kanak-kanak atau orang tua. Ini adalah untuk mengelakkan kekeringan badan yang boleh membawa risiko penyakit yang lain kepada golongan ini.
3.Elakkan berada dibawah panas terik pada waktu puncak kepanasan dari pukul 11 pagi hingga pukul 3 petang. Orang ramai juga boleh menggunakan penutup kepala seperti topi untuk mengurang penyerapan haba dalam badan.
4.Disamping itu, jangan lupa berjimat cermat dalam penggunaan air di tempat kerja dan di rumah. Diberitakan, beberapa empangan air di kawasan-kawasan di Malaysia berada ditahap kritikal sehingga penggunaan catuan air telah dilaksanakan.
5.Dugaan el nino ini menyedarkan umat islam bahawa kuasa Allah Taala. Dia boleh memberikan banjir besar dengan sekelip mata, dan dia boleh menurunkan musim panas ini supaya hamba-hambaNya bertakwa dan ingat seksa panasnya api neraka di akhirat kelak.

No comments: