Thursday, March 25, 2010

penyakit..

Bila seseorang itu disahkan mengidap sesuatu penyakit terutamanya penyakit berbahaya yang mungkin sukar untuk disembuhkan seperti kanser, maka penghidap yang mengalaminya akan terasa begitu sukar untuk menerima keadaan mereka.
Bayangkanlah, sebagai contoh beliau seorang lelaki yang gagah dan sihat, dalam beberapa ketika disahkan oleh doktor menghidap kanser.
Untuk menerima hakikat bahawa dia menghidap kanser amatlah sukar, akan tetapi jika seseorang itu mempunyai kekutan iman yang tinggi, insyaallah, beliau boleh menerima dengan hati yang terbuka.
Mungkin penyakit yang dihadapi sebagai kiffarah dan dugan dari Allah yang maha kuasa.Penyakit juga boleh memberi peluang kepada manusia untuk bertaubat dan kembali mengingati Allah.
Pentingnya tawakkal dan doa serta kuat semangat untuk menghadapi penyakit membantu dalam penyembuhan sesuatu penyakit

No comments: