Sunday, March 14, 2010

kahwin budak perempuan

1.Penulis teringat zaman kecil-kecil dulu, bermain dengan kawan-kawan lelaki dan perempuan. Salah satu permainan yang dimainkan ialah bermain olok-olok kahwin dan masak-masak di rumah. Satu pasangan olok-olok kahwin dan mempunyai beberapa orang anak. Kami semua melakukan tugas mengikut watak yang dimainkan, si ayah pergi bekerja, si emak memasak di dapur manakala si anak-anak bersekolah dan bermain-main.
2.Kegemparan di dalam media massa mengenai kejadian seorang ketua kumpulan agama mengahwini seorang budak perempuan berumur 10 tahun mengejutkan kita semua. Malahan beliau juga telah mempengaruhi seorang rakannya untuk mengahwini anak perempuan beliau yang berumur 11 tahun kepada rakan dalam kumpulan agama itu.
3.Memanglah mengikut sirah rasullullah baginda mengahwini siti aisyah pada usia yang agak muda. Tetapi jika ingin mengamalkan sunnah rasullullah dengan hanya membuta tuli dan tanpa asas agama yang sebenarnya, beginilah akibatnya yang berlaku. Sunnah nabi amatlah digalakkan diamalkan oleh umat islam, akan tetapi masih banyak lagi sunnah nabi yang senang dan mudah diikuti berbanding sunnah seperti ini.
4.Diharap pihak yang yang terlibat mengambil berat tentang masalah ini..

No comments: