Sunday, May 16, 2010

SELAMAT HARI GURU

1.Setiap 16 Mei, diadakan sambutan hari guru di seluruh negara. dengan adanya sambutan hari guru, mengingatkan kita jasa guru yang mendidik anak bangsa sehingga berjaya.
2.Guru merupakan seorang yang penting dalam pembangunan pendidikan anak-anak selepas ibu bapa. Pengenalan pendidikan awal kepada anak-anak telah memberi ruang pendedahan yang awal kepada kanak-kanak kepda seorang guru. dewasa ini, kanak-kanak diberi pendidikan formal sejak seawal berumur 4 atau 5 tahun. Oleh kerana itu, guru yang baik boleh membentuk peribadi baik kanak-kanak dari mula lagi.
3. Penekanan untuk pemilihan institusi pendidikan awal kanak-kanak amatlah penting untuk membentuk anak-anak kita. kepelbagaian institusi pendidikan awal kanak-kanak memberi pilihan kepada ibu bapa untuk memilih yang mana yang lebih baik untuk anak-anak mereka.
4.sebuah negara yang ingin maju memerlukan modal insan yang cemerlang. Untuk menjana modal insan yang cemerlang perlu dimulai dengan pembentukan pendidikan awal kanak-kanak. Oleh itu, saya berharap kepada guru-guru dari peringkat awal pendidikan kanak-kanak sehingga peringkat tertinggi seperti universiti perlu memantap diri mereka untuk membantu negara dala arus pembangunan moden ini menjana modal insan yang cemerlang.
5.selamat hari guru kepada semua golongan pendidik.hanya ilmu yang baik yang diamalkan dan doa dapat membalas pengorbanan uru selama ini.

Saturday, May 8, 2010

IBU

Seluruh dunia menyambut Hari Ibu pada setiap hari Ahad minggu kedua bulan Mei setiap tahun. Tidak dapat dipastikan asal usul sambutan hari ibu ini, siapakah atau dari manakah perayaan ini ula diadakan. Bagi penulis, saya tidak membantah sepenuhnya perayaan hari ibu ini, akan tetapi bila kita mengambil pengajaran yang telah ditunjukkan oleh rasulullah dan ajaran Islam yang sebenar, ibu merupakan seorang yang paling penting untuk setiap anak itu.
Ibu yang telah melahirkan seorang anak. Islam mengajar bagaimana seseorang anak itu perlu menghormati dan menyanyangi ibunya seperti ibarat 'syurga dibawah telapak kaki seorang ibu'. Malahan, salah satu dosa besar di dalam islam ialah derhaka kepada ibu bapa. Oleh yang demikian, umat islam seharusnya tidak patut melupakan jasa ibu walau sesaat sekalipun, jangan pula kita hanya memperingati jasa ibu sekali dalam setahun.
Dewasa ini, dek kemajuan dan permodenan sekarang, kebanyakkan anak-anak yang telah bekerjaya dan berumahtangga tinggal berjauhan dengan ibu bapa untuk mencari rezeki yang halal. Ini tidak perlu dijadikan halangan besar untuk si anak untuk terus memberi bakti kepada ibu bapa mereka yang masih hidup. Dengan teknologi maklumat, kita boleh menggunakan kecangihan internet dan telefon untuk sekurang-kurangnya bertanya khabar untuk mengubat rindu hati ibu bapa.
Bagi anak-anak yang telah kematian ibu bapa, hanya doa untuk ibu bapa yang telah meninggal dunia. Bahkan anak yang soleh yang ditinggalkan oleh ibu bapa juga merupakan salah satu amalan yang tidak terputus apabila matinya seseorang hamba itu. Oleh itu, marilah kita semua merenung sejenak walaupun budi yang ditabur untuk ibu bapa kita tidak akan menyamai jasa mereka menjaga kita dari kecil hingga sekarang, akan tetapi kita seharusnya tidak perlu putus harapan untuk terus berbakti untuk ibu bapa kita didunia hingga akhirat.

Saturday, May 1, 2010

HARI PEKERJA

1.Setiap 1 Mei adalah sambutan hari pekerja seluruh dunia.MTUC and CUEPACS membuat beberapa tuntutan untuk kepentingan hak pekerja di Malaysia. Di Malaysia,sambutan yang diadakan berbeza dengan beberapa buah negara ASEAN lain yang kebanyakkannya mengadakan demonstrasi dan perarakan jalanan menuntut hak mereka. Walaupun terdapat terdapat kumpulan minoriti yang telah mengadakan demonstrasi di ibu negara malaysia, namun ia tidak menunjukkan cara agresif pekerja pekerja di malaysia menuntut hak mereka.
2.Diantara tuntutan yang dibuat ialah menuntut gaji minimum yang berpatutan untuk pekerja swasta serta menuntut elaun cola dan rumah yang berpatutan untuk pekerja awam. Dibawah naungan CUEPACS dan MTUC, diharap kepentingan pekerja di seluruh Malaysia terus dijaga dan didukung untuk kepentingan pekerja semua.
3.Walaupun tuntutan yang diminta masih belum diterima, pekerja seharusnya menjadikan hari pekerja yang disambut dijadikan pemangkin untuk kita terus berkerja dengan bersungguh - sungguh, meningkatkan kreativiti dan produktiviti kerja serta berusaha membantu berkhidmat untuk rakyat dan negara.
4.Bagi setiap orang islam, kerja merupakan suatu ibadah dan fardu kifayah. Bila melakukan pekerjaan itu dengan niat yang ikhlas dan betul, ganjaran dari tuhan akan diterima. Lakukan kerja dengan bersungguh-sungguh, kerana Allah amat menyukai seseorang yang melakukan sesuatu pekerjaan itu dengan tekun.