Saturday, May 1, 2010

HARI PEKERJA

1.Setiap 1 Mei adalah sambutan hari pekerja seluruh dunia.MTUC and CUEPACS membuat beberapa tuntutan untuk kepentingan hak pekerja di Malaysia. Di Malaysia,sambutan yang diadakan berbeza dengan beberapa buah negara ASEAN lain yang kebanyakkannya mengadakan demonstrasi dan perarakan jalanan menuntut hak mereka. Walaupun terdapat terdapat kumpulan minoriti yang telah mengadakan demonstrasi di ibu negara malaysia, namun ia tidak menunjukkan cara agresif pekerja pekerja di malaysia menuntut hak mereka.
2.Diantara tuntutan yang dibuat ialah menuntut gaji minimum yang berpatutan untuk pekerja swasta serta menuntut elaun cola dan rumah yang berpatutan untuk pekerja awam. Dibawah naungan CUEPACS dan MTUC, diharap kepentingan pekerja di seluruh Malaysia terus dijaga dan didukung untuk kepentingan pekerja semua.
3.Walaupun tuntutan yang diminta masih belum diterima, pekerja seharusnya menjadikan hari pekerja yang disambut dijadikan pemangkin untuk kita terus berkerja dengan bersungguh - sungguh, meningkatkan kreativiti dan produktiviti kerja serta berusaha membantu berkhidmat untuk rakyat dan negara.
4.Bagi setiap orang islam, kerja merupakan suatu ibadah dan fardu kifayah. Bila melakukan pekerjaan itu dengan niat yang ikhlas dan betul, ganjaran dari tuhan akan diterima. Lakukan kerja dengan bersungguh-sungguh, kerana Allah amat menyukai seseorang yang melakukan sesuatu pekerjaan itu dengan tekun.

No comments: