Ramadhan telah memasuki separuh bulan puasa. Nuzul Quran yang disambut pada 17 Ramadhan dengan sesetengah negeri mengadakan cuti umum. Cuti sahaja tidak bermakna jika umat islam yang mengambil cuti bekerja pada tiap kali nuzul quran tidak menghayati apakah significan nuzul quran di bulan ramadhan ini.
Terdapat segelintir masyarakat umat islam di negara kita, al quran hanya dijadikan perhiasan di atas-atas almari dirumah-rumah. Ada juga segelintir lagi hanya membaca al-quran sekali dalam setahun ataupun membaca al quran bila adanya kematian atau sebagainya.
marilah kita sama-sama berazam, sempena madrasah ramadhan yang kita lalui ini dapat memberi kekuatan kepada kita bertambah cintanya kita kepada al quran kalamullah..
No comments:
Post a Comment