Monday, August 9, 2010

Institusi Ramadhan

Ahlan wasahlan ya ramadhan..alhamdulillah kita dipertemukan kembali dengan bulan yang penuh keberkatan ramadhan al mubarak. Persoalannya, adakah kita sudah bersedia untuk menghadapi dan mengharungi bulan yang mulia ini dengan memperhiasi diri dengan berbagai-bagai ibadah dan amalan yang dituntut untuk dilaksanakan dalam bulan ini.
Saban tahun, apabila bertemunya bulan ramadhan almubarak ini, kita diingatkan oleh para ustaz dan alim ulama tentang kelebihan bulan ini. kelebihan puasa,solat tarawih,bersedekah,tadarus alquran,qiamullail dan banyak lagi ibadah yang sememangnya ditawarkan oleh Allah untuk umat manusia.malahan lailatul qadar yang dijanjikan oleh Allah yang berada di dalam bulan ramadhan merupakan salah satu peluang terbesar yang diberi kepada umat islam untuk diraih untuk mendapat kelebihan seribu bulan ibadah.
Para sahabat nabi dahulunya,mereka akan bergembira apabila datangnya bulan ramadhan, dan apabila berakhirnya ramadhan mereka bersedih kerana berakhirnya bulan ibadah yang mulia. sebaliknya sekarang, kebanyakkan manusia begitu resah dan gelisah untuk menjalani bulan puasa manakala mereka akan bergembita bila berakhirnya ramadhan.begitulah bezanya umat islam sekarang berbanding umat yang terdahulu dizaman nabi muhammad s.w.t.
Marilah kita sama-sama bermuhasabah sebelum kita memasuki institusi ramadhan ini, kita bersiap sedia fizikal dan rohani untuk menempuh dan merebut seberapa banyak ibadah dan fadhilat yang dijanjikan Allah kepada kita semua di bulan ramadhan almubarak ini

No comments: