Gunung Merapi di indonesia meletus lagi. Angka korban meningkat sehingga beratus-ratus mangsa. perasaan simpati kepada rakyat indonesia yang berhampiran dengan gunung merapi, mereka kehilangan nyawa yang tersayang, tempat tinggal, kemusnahan harta benda dan kampung halaman dek kerana lahar dan debu letusan gunung merapi.
Mungkinkah ini satu petanda dekatnya hari kiamat. atau juga ianya satu bala yang diturunkan olah Allah. Bencana muka bumi ini masih tidak dapat ditangani oleh manusia walaupun dengan berbagai-bagai teknologi canggih yang telah dicipta oleh manusia itu sendiri. kemajuan teknologi yang dicapai oleh ahli sains geologi masih tidak dapat menyelamatkan beratus-ratus nyawa akibat letusan gunung merapi ini.
Di utara tanah air malaysia pula, negeri Perlis dan Kedah pula dilanda banjir besar. dua pertiga seluruh negeri perlis ditenggelami air manakala kedah dilaporkan mencapai berpuluh ribu orang mangsa banjir dipindahkan ke pusat-pusat pemindahan. sekali lagi, walaupun baiknya sistem perparitan atau cekapnya kajian ramalan cuaca yang dihasilkan oleh manusia, kita masih tidak dapat mengelak dari menghadapi bencana alam ini. kekuasaan allah meliputi semua alam ini.
sehubungan dengan itu, kita sama-sama lah membantu saudara-saudara kita yang mengalami musibah ini, dan kita jadikan bencana alam ini suatu pengajaran kepada kita semua bahawa Kuasa Yang paling agung hanyalah Allah yang maha Esa.
Begitu menyedihkan dan memalukan apabila ada sesetengah pihak, dengan musibah yang melanda juga boleh dijadikan modal politik untuk mendapatkan sokongan. Rakyat yang sengsara terhimpit dengan kesusahan semakin melarat. Cubalah buangkan sifat hasad dengki dan benci membenci untuk kita sama-sama membantu mangsa-mangsa di Indonesia ataupun negara kita sendiri.
Ingatkan sepotong hadis nabi yang lebih kurang maksudnya, apabila mati seseorang anak adam itu, putus segala amalannya kecuali, ilmu yang bermanfaat, sedekah jariah dan anak yang soleh. tanamkan dalam diri kita amalan-amalan yang murni untuk kebaikkan kita juga.
No comments:
Post a Comment