1.Selepas kejatuhan pemimpin Tunisia oleh gerakan demonstrasi rakyat, sekali lagi jatuhnya rejim Hosni Mubarak yang memerintah Mesir selama 30 tahun setelah 18 hari demonstrasi rakyat Mesir yang diadakan kerana kezaliman pemimpin mereka.
2.Kita boleh mengambil iktibar dari kejatuhan pemimpin-pemimpin yang zalim ini untuk kebaikan negara kita. Rasuah yang berleluasa, kekayaan negara yang hanya dikaut oleh kronisme dan nepotisme golongan pemimpin mereka dan juga kemiskinan serta kemunduran rakyat boleh menimbuklan huru-hara dalam sesebuah negara itu.
3.Marilah kita sama-sama balik kepada ajaran islam yang syumul yang mengajar keadilan islam untuk semua tidak mengira kaum,agama dan kedudukan mereka. berpegang teguhlah dengan Al-Quran dan As-Sunnah yang dibawa oleh Rasullullah S.A.W yang tercinta.
No comments:
Post a Comment