Sunday, August 30, 2009

PUASA DAN HIKMAHNYA

1.Ibadat puasa adalah ibadah dikerjakan dengan berlapar dan berdahaga sepanjang hari iaitu sejak terbitnya fajar sodiq (masuk waktu Subuh) hingga terbenamnya matahari (masuk waktu Maghrib).
2.Firmah Allah s.w.t. menjelaskan tentang hikmah puasa Ramadhan yang bermaksud:
"Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan berpuasa atas kamu sebagaimana diwajibkan atas umat-umat yang terdahulu sebelum kamu, semoga kamu bertakwa" (Surah al-Baqarah:183)
3.Dengan puasa juga, kita akan memperolehi kesihatan jasmani dan rohani. Sabda Nabi Muhammad s.a.w. yang bermaksud: "Berpuasalah kamu, tentu kamu akan sihat."
4.Sabda Baginda Rasulullah s.a.w. lagi: "Perut besar itu adalah sarang penyakit dan banyak makan itu punca segala penyakit."
5.Selain daripada itu, puasa juga mempunyai hikmah dan faedah seperti:
-Tanda bersyukur kepada Allah s.w.t. atas limpah kurnia nikmatNya yang tidak terhingga
-Mendidik nafsu ammarah (yang lebih banyak mengajak kepada keburukan) agar berubah menjadi nafsu lawwamah dan seterusnya meningkat kepada nafsu mutmainnah yakni nafsu yang tenang tenteram, bersedia menjunjung titah perintah Allah s.w.t.
-Melatih dan mendidik jiwa supaya mempunyai sifat kasihan belas terhadap orang-orang yang susah menderita dan kurang bernasib baik kehidupan mereka
-Membersihkan diri daripada sifat-sifat mazmumah (keji) seperti tamak, sombong, hasad dengki dan lain-lain lagi
-Mendidik jiwa supaya bersifat sabar, tahan menanggung kesusahan dan pelbagai cabaran dalam menempuh perjuangan hidup
-Memperolehi kecerdasan akal dan fikiran sebagaimana disebut dalam satu riwayat maksudnya: "Orang yang lapar perutnya itu tajamlah fikirannya dan teranglah hatinya."
6.Puasa Ramadhan adalah menjadi salah satu rukun Islam yang kelima. Pahala melakukannya tersangat besar, sebagaimana sabda Nabi Muhammad s.a.w. yang bermaksud: "Sesiapa berpuasa pada bulan Ramadhan dalam keadaan beriman dan kerana menuntutkan keredhaan Allah s.w.t., nescaya diampunkan dosa-dosanya yang telah lalu." (Rujuk: Al-Targhib II:206)
7.Sabda Baginda Rasulullah s.a.w.: "Setiap amanalan anak Adam (manusia) itu digandakan satu kebaikan dengan sepuluh yang seumpamanya hingga kepada 700 kali ganda. Firman Allah s.w.t. (maksudnya) :" Kecuali puasa yang dikerjakan untuk Ku, maka Aku-lah yang membalasnya. Dia menahan syahwatnya dan meninggalkan makan kerana Aku"
8.Bagi orang yang puasa itu ada dua kegembiraan, iaitu gembira ketika berbuka (atau berhari raya) dan gembira ketika menemui Tuhannya kelak. Dan, demi bau mulut orang yang berpuasa itu lebih harum daripada bau kasturi." (Riwayat Muslim dari Abu Hurairah)

rujukan.kitab tanbihul ghafiliin (webpage)

Thursday, August 27, 2009

Politiking yang tiada kesudahan..

1.ADUN Lunas dari PKR mengumumkan keluar parti mejadi ADUN bebas di Kedah beberapa hari lalu. Beliau seorang EXCO kerajaan negeri mungkin akan dilucutkan jawatan EXCO disebabakan menjadi ADUN bebas. Beberapa sumber menyatakan prkara ini berlaku disebabkan masalah dalaman PKR di kawasan itu serta maslah peribadi ADUN tersebut.

2.Selesainya pilihanraya kecil di permatang pasir yang menyaksikan kemenangan PAS, dikejutkan pula ura-ura 9 orang ADUN UMNO negeri Terengganu yang tidak bersetuju dengan Dato Ahmad Said ingin melompat ke Pakatan Rakyat. Lantas salah seorang ADUN UMNO itu membuat kenyataan balik dimedia arus perdana menafikan perkara itu.

3. Baru-baru ini, dikejutkan pula krisis dalam MCA. Timbalan Presidennya, Dato Dr Chua Soi Lek dipecat dalam parti disebabkan oleh skandal seks yang lalu. Walaupun Dato Chua Soi Lek telah dipilih secara demokrasi dalam pemilihan partinya awal tahun ini, beliau terpaksa juga dipecat oleh jawatanuasa tertinggi parti itu.

4. Pendapat penulis, selepas tsunami politik Mac 2008, kerajaan sekarang masih belum selesai dengan permainan politik antara kerajaan dan pembangkang. Kepimpinan baru Dato Seri Najib yang mengambil alih dari Tun Abdullah nampaknya masih dengan perkara politiking.

5. Sempena bulan Ramadhan ini, diharapkan pihak kerajaan dan pembangkang melupakan sebentar perkara politik, mari kita tumpukan kepada perkara asas yang penting untuk pembangunan negara. Kita ambil pengajaran dari madrasah Ramadhan ini yang mengajar umat Islam supaya sabar dan menjauhkan diri dari segala perkara yang tidak baik.

Wednesday, August 26, 2009

Amah

Hari ini keluarga saya mendapat khidmat seorang amah atau bibik atau pembantu rumah asing berwarganegara Indonesia. Setelah hampir 6 bulan lebih menunggu, akhir saya berjaya mendapatkan seorang maid. Saya menjemput bibik di KLIA dengan seorang "agen" yang bersama menemaninya datang dari Indonesia.
Keperluan bibik untuk menjaga anak saya diperlukan juga setelah saya suami isteri mencuba menghantar anak ke rumah pengasuh dan nursery. Disebabkan suami isteri bekerja, untuk meringan beban isteri, saya merasakan keperluan bibik ini untuk membantu isteriku untuk membuat kerja-kerja rumah.
Permulaan hari pertama beliau di rumah saya, isteri saya mengajar dan menerangkan kerja-kerja rutin di rumah yang perlu dilakukan sambil menjaga anak kecil saya yang berumur 9 bulan.
Memang budaya dan cara hidup beliau dari seberang jauh bezanya. Mungkin ditempatnya, beliau tidak biasa menggunakan peralatan moden dseperti mesin basuh, 'water heater' dan sebagainya, jadi isteri saya perlulah mengajar bagaimana cara penggunaannya. Meninggalkan keluarga jauh nun di kampung membuatkan beliau terasa sedih, namun disebabkan kesempitan hidup, beliau datang untuk bekerja di Malaysia.
Walau apa pun, saya melihat kehadapan, ingin anak saya dijaga dengan baik oleh bibik ini. Semoga dengan doa yang dipanjatkan kehadrat Allah, tiada masalah dengan bibik ini..Minta dijauhkan dari segala perkara-perkara yang tidak diingini.

Friday, August 21, 2009

Gender Confused

By RYAN LUCAS.Associated Press Writer – Wed Aug 19, BERLIN
1.South Africa's track and field federation had been asked to conduct a gender test on an 800-meter runner amid concerns she does not meet the requirements to compete as a woman.
2.Eighteen-year-old Caster Semenya is a favourite in Wednesday's 800 final at the world championships.
3.The world track and field federation requested the gender test about three weeks ago, after Semenya burst onto the scene by improving her personal bests in the 800 and 1,500 by huge margins.
4.IAAF spokesman Nick Davies said the "extremely complex, difficult" test has been started but that the results were not expected for weeks.
5.Semenya qualified for Wednesday's final with a top time of 1 minute, 58.64 seconds. She posted the world's best time this year of 1:56.72 three weeks ago at the African junior championships in Bambous, Mauritius.
4.Davies stressed that "it's a medical issue, not an issue of cheating."
5.The verification requires a physical medical evaluation, and includes reports from a gynecologist, endocrinologist, psychologist, an internal medicine specialist and an expert on gender.


COMMENT FROM CORETAN SEORANG TABIB..

1.Medical is all about. In my opinion a lot of things related to medical. As me as one of a medical people, in sports there is also related medical issue.
2.The confusion gender arised after South African runner win in 800m final in Berlin World Championship. World track and federation requested to be done gender test to this poor 18 year old South African runner in view of huge differences in her body built and her performance. So, they want to assure that if the runner is whether truely female or otherwise.
3.Some of drugs and hormone can be used illegally to make changes of human body.For example, a body builder used steroids and testosterone to enhance his performances.
4.Genetically, rarely human also can be having "both gender" .What i mean that, a person also can have XXX or XXY whereas a normal male and female only have either XX or XY. For the person who have abnormal gene, they might have both female and male appearance.
5.God's creature is very unique. To be closed to Allah is to learn from its creatures and Al-Mighty Allah only can create everythings.

Wednesday, August 19, 2009

Tanggungjawab Dakwah

Di ruangan coretan ini, saya ingin memperhalusi apakah tanggungjawab sebagai seorang doktor atau perawat yang merawat pesakit di hospital atau klinik setiap hari.
Sebagai seorang yang bertugas merawat dan menjaga pesakit, yang tidak hanya melibatkan doktor malahan termasuk jururawat dan staf yang terlibat, mereka mempunyai tanggungjawab sebagai seorang muslim untuk berdakwah. Mereka perlu mengambil peluang untuk menasihati sesama muslim berkenaan dengan amalan islam yang sebenar.
Doktor seharusnya mengingatkan kepada pesakit tentang segala penyakit boleh disembuhkan dengan izin Allah Taala. Ubat-ubatan hanya sebagai 'asbab' untuk menyembuhkan penyakit dengan cara manusia berikhtiar. Yang sebenarnya hanya dari Allah yang maha kuasa. Doa menjadi keutamaan untuk kesihatan.
Malahan, semasa dalam keadaan sakit, seorang muslim hendaklah semakin dekat dengan Allah dengan berusaha untuk menunaikan solat, jika terlalu lemah terdapat rukhsoh-rukhsoh solat semasa sakit. Perbanyakkan pembacaan Al-Quran sebagai penawar penyakit. Bagi muslimah pula, menjaga aurat semasa di wad-wad pun perlu dijaga walaupun semasa dalam keadaan sakit.
Semua kerja-kerja dakwah ini hanya boleh diteruskan dengan sokongan semua doktor, pembantu pegawai perubatan dan juga jururawat.
Marilah kita semua sebagai orang yang terlibat dalam perkhidmatan kesihatan ini, untuk mendapat keberkatan dari Allah, bekerja dengan ikhlas dengan niat kerana Allah sambil meneruskan dakwah-dakwah islam ini menjamin kehidupan harmoni di dunia dan insyaallah akan mendapat balasan yang baik di akhirat nanti.
InsyaAllah..

Monday, August 17, 2009

Lagi Pilihanraya Kecil dan Tragedi di Masjid Gaza

Tidak sampai sebulan pilihanraya kecil Manek Urai di Kelantan berlalu, hari ini pula penamaan calon bagi pilihanraya kecil Permatang Pasir di Pulau Pinang. Pertandingan kali ini juga diantara parti UMNO dan PAS. Kedua-dua parti yang mewakili orang melayu.
Uniknya, pilihanraya kecil kali ini diadakan pada bulan Ramadhan. Seluruh umat islam akan menunaikan kewajipan berpuasa di bulan ini.Diharapkan parti-parti politik yang bertanding menghormati bulan Ramadhan ini dengan berkempen secara baik. Kepada jentera-jentera pilihanraya serta ahli yang terlibat tidak terlalu mengikut emosi dan nafsu sehingga tidak dapat mengawal perasaan semasa berkempen.
Ramadhan mengajar umat islam supaya sabar, menahan diri dari makan dan minum serta perkara-perkara yang boleh membatalkan puasa. Dari sinilah, intitusi ramadhan melatih umat islam supaya menjadi seorang yang sabar dan baik.
Baru-baru ini, berlakunya pertumpahan darah dikalangan masyarakat Palestin di Gaza. Salah seorang pemimpin ekstremis yang dikaitkan dengan Al-Qaeda, semasa dalam khutbah Jumaat disebuah masjid di Gaza beliau telah menyatakan ingin membentuk sebuah negara Islam sendiri di Gaza dibawah pemerintahan syariah islam. Lalu, beliau serta pengikut-pengikutnya telah diserang olah pihak berkuasa Hamas di Gaza menyebabkan beliau sendiri terbunuh dalam pertempuran itu. Tentunya pihak zionis Israel bergembira dengan kejadian ini.
Rakyat Palestin yang telah berpecah dua antara pihak Fatah dan Hamas sejak berdekad lamanya inilah juga merupakan suatu kejayaan bagi pihak Israel. Tidak dapat dinafikan, percanggahan pendapat tidak pernah luput dikalangan umat manusia ini, walaubagaimanapun kita seharusnya merujuk kembali kepada Al-Quran dan Hadis sebagai panduan hidup.
Saya gabungkan dua cerita berbeza dalam penulisan ini untuk pembaca menilai dan membandingkan kemana halatuju masyarakat melayu yang beragama islam di negara kita selepas ini. UMNO dan PAS masih menjadi seteru antara mereka. Oleh itu, sempena kita akan menyambut Ramadhan yang akan tiba, marilah kita mengambil iktibar daripada intitusi Ramadhan ini, mengajar kita menjadi orang beriman dan Hamba Allah yang bertaqwa. Marilah kita balik semula kepada ajaran Islam yang sebenar.

Sunday, August 16, 2009

FORTHCOMING RAMADHAN, WHAT IS YOUR PREPARATION

ALLAH AKBAR .. ALL PRAISES ARE DUE TO ALLAH (SWT).
FOR ALL MUSLIMS WHO HOPE THEIR CREATORS UNCOUNTABLE BLESSING DURING FORTHCOMING RAMADHAN MUST NOTE THE FOLLOWINGS:
1. SOUL PREPARATION INCLUDING RENEWING THEIR INTENTION THAT IF ALLAH PERMIT THEM TO LIVE TILL AND DURING RAMADAN
2. FINANCIAL PREPARATION INCLUDING MAKING BUDGET PLAN AND AVAILABILITY OF FUND TO MAKING SHOPPING FOR RAMADAN NEEDS
3. MEDICAL PREPARATION TO TREAT ALL SICKNESS AND EXAMINING ONESELF MEDICALLY.
4. SPRITUAL PREPARATION: WARMING ONESELF PSYCHOLOGY FOR INCREASING IN DAILY WORSHIP MORE TO ADD SOLAT DUHA , SOLAT TARAWIH , QIYAMUL LAIL, ATTENDING QURANIC TAFSIR, RECITE AL QURAN AND E.T.C
FINALLY ALL THESE NEED GOOD PREPARATION TO HAVE GOOD RESULT FROM ALLAH

Tuesday, August 11, 2009

Semuanya Dari Allah

Wabak influenza A H1N1 yang melanda seluruh dunia termasuk di Malaysia semakin membimbangkan. Setakat tulisan ini ditulis, sebanyak 41 kematian telah dicatatkan di Malaysia. Orang ramai pula semakin risau dan bimbang akibat wabak ini.
Sebagai orang Islam, kita diajar bahawa setiap musibah yang melanda mungkin menjadi suatu dugaan daripada Allah Taala untuk umatnya. Bala yang diturunkan bukan hanya bagi umat yang ingkar terhadap suruhan Allah, bahkan ianya akan diturunkan kepada semua termasuk yang beriman.
Oleh itu, marilah kita berbalik kepada Allah Taala dengan dugaan musibah ini. Setelah pelbagai cara pencegahan dan rawatan yang digunakan oleh kerajaan dan orang ramai, kita jangan lupa kepada senjata utama bagi orang Islam iaitu doa. Berdoa dan bertawakkal kepada Allah memohon supaya musibah yang melanda negara kita ini akan cepat pulih. Diharapkan agar orang ramai memulakan solat hajat memohon keselamatan diri, keluarga dan negara dari bala ini. Seeloknya, masjid-masjid juga digalakkan mengadakan qunut nazilah untuk menolak bala semasa solat.
Akhir kata, segala yang baik dan musibah yang melanda adalah datang dari Allah. Maka, untuk memulihkan musibah itu juga, ianya dari Kuasa Allah Taala. Ya Allah, Jauhkanlah diriku, keluargaku dan seluruh umat Islam dari segala bala bencana H1N1 ini. Amin. Ya Rabbal Alamin

Friday, August 7, 2009

EMERGENCY OR URGENCY

1.For the past 1 week, in almost all hospital in our country, i noticed that in the Accident and Emergency department were crowded with among worrying and frightening people about H1N1 seeking treatment.
2.The director general of Health, Tan Sri Ismail Merican adviced the public, for those who have mild cold symptom with good general condition, it is enough for them to rest at home and avoid or minimize public contact. The symptom of common cold includes runny nose, cough and sorethroat but there is no fever or just mild grade. For these patient, enough for them to drink plenty of water about 1-5 litre per day (1 large bottle of mineral water), rest and healthy diet which include fruit to boost your immune system.
3.As compared to patient with influenza-like illness(ILI), they may have fever (temperature > 38 degree celcius), headache, runny nose, cough, sorethroat, bodyache. Patient who are young, fit, healthy with no other medical illness who have ILI, treatment is usually, adequate antipyretic (paracetamol), and symptomatic treatment.
4.However, those who have other comorbidities, extreme age like children or baby and elderly, diabetic, heart disease, renal failure, asthmatic, pregnant lady, these are the people should seek immediate treatment at the hospital. they have to watch out the warning sign which are - breathing difficulty, reduced consciousness and fitting
5.So, it is advisable to public not too rush to hospital with only mild symptom. Treatment is simple, just enough rest, plenty of water and antipyretic if necessary. The more you have contact with the patient at A&E Hospital, the more you get risk exposure to H1N1.
6.Don't go to A&E Hospital at the midnight or early morning, expecting medical attention for only mild symptom, because the A&E is reserved for Accident and Emergency cases only. You should prioritize those who are more at need during this critical hour.
7. You have to know the different of emergency and urgency..

Tuesday, August 4, 2009

Mansuh ISA, Kg Buah Pala dan Demonstrasi

Baru-baru ini berlaku satu demonstrasi mansuhkan ISA di Kuala Lumpur, manakala di Pulau Pinang pula berlakunya perhimpunan orang-orang kampung di sebuah kampung di Pulau Pinang. Sejak akhir-akhir ini, demonstrasi sering kali dijadikan salah satu cara untuk meluahkan rasa tidak puas hati rakyat terhadap kerajaan. Adakah cara ini relevan?

Bagi pendapat penulis, demonstrasi banyak memberikan kesan buruk terhadap rakyat, kerajaan dan negara. Walaubagaimanapun, saya juga tidak menolak bahawa demonstrasi juga salah satu cara untuk rakyat menggesa kerajaan untuk sesuatu tuntutan ditunaikan.

Mungkin ada betulnya pendapat PM kita, demonstrasi seeloknya boleh dibuat di tempat-tempat tertentu sahaja seperti stadium. Jika kita lihat demonstrasi Mansuhkan ISA di ibukota Kuala Lumpur pada 1 Ogos lepas, kesannya perniagaan peniaga-peniaga terjejas disebabkan perhimpunan ini. Diberitakan, salah sebuah persatuan peniaga telah menfailkan saman di mahkamah disebabkan oleh kerugian yang mereka alami pada hari itu.

Manakala di Pulau Pinang pula, heboh berita mengenai sebuah perkampungan yang majoritinya kaum india membuat perhimpunan membantah perobohan kampung mereka. Ketua Menteri mengharapkan penyelesaian secara baik diantara penduduk kampung dan pemaju hartanah yang berkenaan.

Penulis tidak berpihak kepada mana-mana pihak dalam mengutarakan artikel ini. Penulis hanya mahu mengajak pembaca yang budiman, marilah kita sama-sama berfikir sejenak, sebelum kita bertindak, berfikirlah dahulu..matlamat tidak menghalalkan cara...kita sebagai orang melayu islam, berakhlaklah dengan akhlak yang diajar oleh rasul junjungan kita Nabi Muhammad S.A.W