Di ruangan coretan ini, saya ingin memperhalusi apakah tanggungjawab sebagai seorang doktor atau perawat yang merawat pesakit di hospital atau klinik setiap hari.
Sebagai seorang yang bertugas merawat dan menjaga pesakit, yang tidak hanya melibatkan doktor malahan termasuk jururawat dan staf yang terlibat, mereka mempunyai tanggungjawab sebagai seorang muslim untuk berdakwah. Mereka perlu mengambil peluang untuk menasihati sesama muslim berkenaan dengan amalan islam yang sebenar.
Doktor seharusnya mengingatkan kepada pesakit tentang segala penyakit boleh disembuhkan dengan izin Allah Taala. Ubat-ubatan hanya sebagai 'asbab' untuk menyembuhkan penyakit dengan cara manusia berikhtiar. Yang sebenarnya hanya dari Allah yang maha kuasa. Doa menjadi keutamaan untuk kesihatan.
Malahan, semasa dalam keadaan sakit, seorang muslim hendaklah semakin dekat dengan Allah dengan berusaha untuk menunaikan solat, jika terlalu lemah terdapat rukhsoh-rukhsoh solat semasa sakit. Perbanyakkan pembacaan Al-Quran sebagai penawar penyakit. Bagi muslimah pula, menjaga aurat semasa di wad-wad pun perlu dijaga walaupun semasa dalam keadaan sakit.
Semua kerja-kerja dakwah ini hanya boleh diteruskan dengan sokongan semua doktor, pembantu pegawai perubatan dan juga jururawat.
Marilah kita semua sebagai orang yang terlibat dalam perkhidmatan kesihatan ini, untuk mendapat keberkatan dari Allah, bekerja dengan ikhlas dengan niat kerana Allah sambil meneruskan dakwah-dakwah islam ini menjamin kehidupan harmoni di dunia dan insyaallah akan mendapat balasan yang baik di akhirat nanti.
InsyaAllah..
2 comments:
betul tu dr...seorang doktor mmg berpeluang besar untuk menyampaikan dakwah kepada pesakitnya...byk manusia yang ingat Allah ketika hanya mereka sakit.
i support u..
Post a Comment