Wabak influenza A H1N1 yang melanda seluruh dunia termasuk di Malaysia semakin membimbangkan. Setakat tulisan ini ditulis, sebanyak 41 kematian telah dicatatkan di Malaysia. Orang ramai pula semakin risau dan bimbang akibat wabak ini.
Sebagai orang Islam, kita diajar bahawa setiap musibah yang melanda mungkin menjadi suatu dugaan daripada Allah Taala untuk umatnya. Bala yang diturunkan bukan hanya bagi umat yang ingkar terhadap suruhan Allah, bahkan ianya akan diturunkan kepada semua termasuk yang beriman.
Oleh itu, marilah kita berbalik kepada Allah Taala dengan dugaan musibah ini. Setelah pelbagai cara pencegahan dan rawatan yang digunakan oleh kerajaan dan orang ramai, kita jangan lupa kepada senjata utama bagi orang Islam iaitu doa. Berdoa dan bertawakkal kepada Allah memohon supaya musibah yang melanda negara kita ini akan cepat pulih. Diharapkan agar orang ramai memulakan solat hajat memohon keselamatan diri, keluarga dan negara dari bala ini. Seeloknya, masjid-masjid juga digalakkan mengadakan qunut nazilah untuk menolak bala semasa solat.
Akhir kata, segala yang baik dan musibah yang melanda adalah datang dari Allah. Maka, untuk memulihkan musibah itu juga, ianya dari Kuasa Allah Taala. Ya Allah, Jauhkanlah diriku, keluargaku dan seluruh umat Islam dari segala bala bencana H1N1 ini. Amin. Ya Rabbal Alamin
3 comments:
smga kita semua dijauhkan dari bala dan ujian Allah Taala..amiin..
doktor islamic..alhamdulillah..jazakallah to all doctors kerana byk membantu to overcome this h1n1 issue..
sama2 kte berdoa memohon perlindungan dr wabak ini..ameen
Post a Comment