Baru-baru ini berlaku satu demonstrasi mansuhkan ISA di Kuala Lumpur, manakala di Pulau Pinang pula berlakunya perhimpunan orang-orang kampung di sebuah kampung di Pulau Pinang. Sejak akhir-akhir ini, demonstrasi sering kali dijadikan salah satu cara untuk meluahkan rasa tidak puas hati rakyat terhadap kerajaan. Adakah cara ini relevan?
Bagi pendapat penulis, demonstrasi banyak memberikan kesan buruk terhadap rakyat, kerajaan dan negara. Walaubagaimanapun, saya juga tidak menolak bahawa demonstrasi juga salah satu cara untuk rakyat menggesa kerajaan untuk sesuatu tuntutan ditunaikan.
Mungkin ada betulnya pendapat PM kita, demonstrasi seeloknya boleh dibuat di tempat-tempat tertentu sahaja seperti stadium. Jika kita lihat demonstrasi Mansuhkan ISA di ibukota Kuala Lumpur pada 1 Ogos lepas, kesannya perniagaan peniaga-peniaga terjejas disebabkan perhimpunan ini. Diberitakan, salah sebuah persatuan peniaga telah menfailkan saman di mahkamah disebabkan oleh kerugian yang mereka alami pada hari itu.
Manakala di Pulau Pinang pula, heboh berita mengenai sebuah perkampungan yang majoritinya kaum india membuat perhimpunan membantah perobohan kampung mereka. Ketua Menteri mengharapkan penyelesaian secara baik diantara penduduk kampung dan pemaju hartanah yang berkenaan.
Penulis tidak berpihak kepada mana-mana pihak dalam mengutarakan artikel ini. Penulis hanya mahu mengajak pembaca yang budiman, marilah kita sama-sama berfikir sejenak, sebelum kita bertindak, berfikirlah dahulu..matlamat tidak menghalalkan cara...kita sebagai orang melayu islam, berakhlaklah dengan akhlak yang diajar oleh rasul junjungan kita Nabi Muhammad S.A.W
No comments:
Post a Comment