Bajet 2010 telah dibentangkan oleh YAB Perdana Menteri pada minggu lepas di parlimen. Keseluruhannya bajet yang dibentangkan untuk memperbaiki dalam penyaluran subsidi kepada golongan sasar. Langkah yang diambil oleh kerajaan untuk menambahbaik penyaluran subsidi kepada golongan yang benar-benar memerlukan amatlah baik sekali. Akan tetapi, pelaksanaan yang akan dilaksanakan oleh pegawai kerajaan untuk memastikan hasrat kerajaan ini berjalan lancar amatlah diperlukan.
Hasrat bonus yang ditunggu-tunggu untuk semua pegawai kerajaan seperti yang diberikan pada tahun-tahun lalu nampaknya tidak tercapai. Walaubagaimanapun, bagi pegawai kerajaan bertahap profesional mereka boleh mengharapkan bonus pada bulan Disember nanti. Tidak dilupakan untuk pegawai kerajaan bidang sokongan juga, mereka telah diberikan bonus sebelum aidilfitri baru-baru ini.
Bagi saya, walaupun bonus tidaklah seberapa, tetapi tugas yang diamanahkan perlu dilaksanakan dengan gigih, tekun dan bersungguh-sungguh. Kerja yang diamalkan dengan niat yang betul mengikut landasan syariat agama menjamin kehidupan yang berkat dan rahmat di dunia dan akhirat. "Sesungguhnya Allah menyukai seseorang yang melakukan sesuatu kerja dengan tekun"
No comments:
Post a Comment