Peratusan pesakit yang menghidap kanser tekak atau Carcinoma of Larynx adalah kecil berbanding dengan kanser paru-paru di dunia. Perokok adalah orang yang paling berisiko tinggi untuk menghidap kanser tekak. Akan tetapi perbandingan perokok yang menghidap kanser paru-paru adalah jauh lebih tinggi iaitu 90% berbanding hanya 5% mempunyai risiko kanser tekak.
Untuk pengetahuan, kebanyakkan pesakit yang menghidap kanser tekak biasanya berjumpa doktor bila keadaan kansernya pada tahap yang sudah teruk. Pesakit yang mengalami simptom seperti suara yang serak, sukar menelan, pembengkakan kelenjar dileher terlalu mengambil mudah dengan masalah yang dihadapi. Keadaan yang berlanjutan selama beberapa tahun yang semakin teruk, barulah pesakit ingin membuat pemeriksaan doktor.
Seseorang yang mengalai simptom tersebut, seharusnya berjumpa doktor seawal yang mungkin untuk mendapatkan kepastian. Jika pesakit yang berkemungkinan mempunyai penyakit ini, mereka akan terus dirujuk ke pakar otorhinolaryngologist atau pakat telinga, hidung dan tekak (ENT) untuk pemeriksaan lanjut. Pakar ENT akan mendapat sejarah pesakit seterusnya membuat pemeriksaan fizikal serta endoskop. Endoskop ialah pemeriksaan menggunakan salur kamera yang dimasukkan kedalam hidung hingga ke tekak pesakit untuk melihat dengan lebih jelas anatomi penyakit itu. Seterusnya, pemeriksaan radiologi seperti CT scan akan dibuat untuk melihat sejauh mana penularan kanser tekak itu. Pesakit kemudian perlu menjalani biopsy atau pengambilan tisu kanser dalam tekak melalui pembedahan kecil menggunakan salur kamera didalam bilik bedah. Tisu kanser yang dihantar ke makmal akan disahkan oleh pakar patologi jenis sesuatu kanser tekak itu.
Pesakit kanser tekak mempunyai 2 rawatan iaitu radioterapi dan pembedahan. Kebiasaannya, pesakit akan menjalani pembedahan dahulu untuk membuang kanser yang dinamakan total laryngectomy dan neck dissection. Pembedahan ini melibatkan pembuangan sebahagian salur pernafasan dan kelenjar limfa dileher. Pesakit yang menjalani pembedahan ini memerlukan end tracheostoma untuk bernafas seumur hidupnya selepas pembedahan. End tracheostoma ialah lubang yang dibuat di bahagian depan tekak disambung terus ke kulit pesakit untuk pesakit bernafas. Pesakit juga tidak dapat bercakap secara normal kerana peti suara juga akan dibuang dalam pembedahan ini.
Setelah pembedahan total laryngectomy dan neck dissection yang memakan masa yang panjang selesai, pesakit akan diberi rawatan rapi di ICU sebelum dipindak ke general ward. Selepas keadaan luka pembedahan dan keadaan pesakit semakin baik, mereka akan dirujuk kepada doktor onkologi untuk menerima rawatan radioterapi. Radioterapi adalah rawatan sinaran radio yang dipancar kebahagian kanser untuk memastikan sel-sel kanser yang hanya boleh dilihat dibawah mikroskop dimusnah semuanya untuk mengelakkan kanser berulang.
Pesakit juga memerlukan speech therapy atau terapi suara untuk melatih mereka bercakap menggunakan tracheostoma. Pesakit juga boleh menggunakan sejenis alat yang dinamakan electrolarynx yang diletakkan di pintu lubang tracheostoma untuk penghasilan suara bila bercakap. Yang paling penting dalam perawatan pesakit kanser tekak ini ialah sokongan dari semua kel;uarga dan rakan-rakan untuk membantu meringankan beban pesakit ini. Akhir sekali, pesakit itu sendiri hendaklah mempunyai semanagt yang kuat serta bergantung harap dan bertawakkal kepada Tuhan Yang Esa untuk menghadapi dugaan penyakit ini.
1 comment:
tok sya pun mengalami bnda yang sama. sedang mempertimbangkan untuk menjalani pembedahan. umurnya 73 tahun. apa pendapat tuan ? :)
Post a Comment