1.Mengadakan Rumah Terbuka atau Open House menjadi pilihan ramai masyarakat Malaysia tidak kira kaum dan agama. Tidak dapat dipastikan dari mana asal usulnya. Adakah ianya diambil dari ajaran agama atau budaya masyarakat Malaysia.
2.Bagi kebanyakkan masyarakat di bandar, mereka lebih suka memilih untuk mengadakan rumah terbuka selepas pulang beraya di kampung masing-masing. Tidak dinafikan juga, ada juga masyarakat di kampung yang mengadakan rumah terbuka. Oleh itu, dalam masa sebulan bulan Syawal ini, banyaklah rumah-rumah terbuka yang diadakan terutamanya pada hari-hari minggu.
3.Rumah Terbuka memberi peluang tuan rumah bergaul mesra dan merapatkan hubungan di antara keluarga, sahabat handai dan jiran. Malahan, rumah terbuka yang dihadiri oleh berbilang bangsa juga dapat mengeratkan hubungan antara kaum.
4.Pelbagai hidangan dijamu semasa rumah terbuka, masa rehat perut selama sebulan puasa disiang hari, kini perut dipaksa bekerja keras untuk mencernakan berbagai-bagai makanan di rumah terbuka.
5.Penulis ingin mengingatkan pembaca agar bersikap bersederhana menjamu hidangan di rumah terbuka. Jika kita mengingatkan kata-kata 'banyak penyakit datangnya dari perut', maka mungkin kita perlu berhati-hati dalam menjaga cara pemakanan seharian kita.
6.Dalam penulisan ini, soal asal usul Rumah Terbuka tidak penting, Tetapi bagi penulis, pentingnya kita sentiasa menjaga diri serta keluarga dari pelbagai aspek termasuk kesihatan. Dalam agama pun, kita diajar untuk menjaga diri. Tubuh badan yang sihat membolehkan kita beribadat kepada Allah, bekerja dengan tekun dan cekap untuk menjamin kehidupan yang baik di dunia dan juga akhirat. Badan yang Cergas menjamin Minda yang Cerdas
7. Tidak dilupakan, yang paling utama ialah penjagaan iman iaitu aqidah sebagaimana doa yang diajar kepada kita yang bermaksud 'wahai tuhanku, kurniakan kebaikkanku didunia, dan kebaikkan diakhirat dan jauhkan dari api neraka. Benarlah hadith nabi yang bermaksud ' jagalah dirimu dan keluargamu dari api neraka.
No comments:
Post a Comment