Kejadian gempa bumi di Padang, Sumatera Indonesia begitu menganyatkan hati rakyat Malaysia. Dengan ikhlas tanpa mengharapkan sebarang balasan, bantuan disalurkan oleh rakyat Malaysia melalui agensi kerajaan dan bukan kerajaan. Bantuan termasuklah bantuan makanan dan perubatan serta pasukan penyelamat seperti SMART, MERCY dan banyak lagi telah dihantar untuk membantu kerajaan Indonesia dalam kejadiaN ini.
Dalam pada Malaysia membantu pihak pemerintah Indonesia disana, kita dikejutkan dengan kempen perang ke atas Malaysia yang dilancarkan oleh segelintir masyarakat Indonesia di Bogor, Jawa. Tidak cukup dengan kata-kata kasar dihamburkan semasa perhimpunan yang diadakan, benderA Malaysia telah dibakar untuk menunjukkan kemarahan mereka terhadap Malaysia. Bantuan makanan yang dihantar oleh Malaysia juga difitnah makanan yang sudah luput. Kemarahan segelintir masyarakat Indonesia ini, rentetan kempen sapu rakyat Malaysia (Sweeping Malaysia) yang berlaku baru-baru ini disebabkan oleh isu kesilapan tarian pendet yang disiarkan oleh Discovery Channel dalam mempromosi tentang Malaysia. Walaupun dengan penjelasan yang telah diberikan oleh pihak discovery Channel yang mengakui tersilap menyiarkan mengaitkan tarian pendet dengan Malaysia. Tetapi segelintir pihak Indonesia masih menyalahkan malaysia mengatakan malaysia telah mencuri budaya mereka. Ditambah dengan isu amah yang belum selesai, pihak yang terbabit terus menangguk di air keruh untuk mengeruhkan lagi hubungan antara dua negara ini.
Walau apa pun, Malaysia masih terus menyalurkan bantuan untuk mangsa-mangsa gempa bumi di Sumatera. Diharapkan kerajaan Malaysia dan Indonesia mengambil berat tentang isu ini. Jangan dibiarkan api yang kecil ini marak hingga membakar seluruhnya. Inilah yang dikatakan diberi susu, dibalas tuba..
No comments:
Post a Comment